Daniel Fong latih diri berpuasa
Daniel Fong latih diri berpuasa
Pelakon Daniel Fong menyatakan keinginan untuk belajar berpuasa sempena bulan Ramadan sebagai salah satu cara menghormati masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini.
Daniel atau nama sebenarnya, Daniel Fong Weng Chuan berkata, selepas mendapat galakan daripada selebriti berbangsa Cina, Dr Soo Wincci yang sentiasa mengambil peluang berpuasa sepanjang Ramadan dia enggan melepaskan peluang berharga itu.
“Sebelum ini belum berkesempatan untuk berpuasa. Memang nak cuba pada minggu kedua Ramadan selepas pulang dari Jepun atas urusan kerja.
“Jujur ramai yang memberi motivasi untuk saya belajar berpuasa. Tambah pula, saya kini banyak bergaul dengan orang Melayu di set penggambaran.
“Dr Soo Wincci sendiri pun turut beri galakan ketika kami bertemu di sebuah projek drama baru-baru ini.
“Saya sangat terinspirasi melihat betapa dia cuba untuk berpuasa. Saya tidak akan dapat merasai pengalaman itu kalau tidak cubanya sendiri,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Daniel meluahkan rasa teruja apabila penantian selama beberapa tahun mengintai peluang dalam dunia lakonan akhirnya membuahkan hasil lumayan.
“Saya akhirnya diberi amanah untuk mengalas watak utama buat kali pertama dalam drama bersiri Bintang untuk siaran TV3.
“Sebelum ini saya pernah bawa watak utama dalam telefilem seperti Bella, Bila Cinta Bersatu dan Mualaf Ekspress.
“Pada awalnya saya akui kesukaran untuk menembusi pasaran drama Melayu memandangkan saya berbangsa Cina, tapi saya cuba belajar dan memperbaiki mutu lakonan saya dari semasa ke semasa,” katanya. HM
Baca Artikel Menarik:
- Bank Rakyat umum dividen 15 peratus
- Sah Rauf Ketua Menteri Melaka
- ‘Awat jadi lagu tu’, Sanusi dakwa majlis buka puasa anak Kedah ‘diganggu’
- Afiq Muiz Gantung Isteri Tak Bertali Sejak 2021 – Peguam
- Ummi Nazeera Teruk ‘Dibelasah’ (Video)
- Hafidz sudah ke Hospital Bahagia
- Peniaga ikan buntal boleh dipenjara 5 tahun
- Puteri Sarah Gelak Besar Netizen Kata Syamsul Yusof ‘Sponsor’ RM1 Juta Cuti Di Tokyo [VIDEO]
- Lelaki dera, bakar anjing
- Tular anggota disyaki ambil suapan, polis jalankan siasatan
- 4 beradik maut selepas berbuka puasa, rumah didiami terbakar
- Pujuk tak mahu, rujuk pun tak mahu, wanita akhirnya kena tetak
- Netizen Syak Cinta Ameera Khan Dengan Jefri Nichol Kembali Terjalin?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET