Calon SPM antara 3 pelajar ditahan merempit

KEPALA BATAS: Tiga pelajar sekolah termasuk seorang yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan polis selepas mereka didapati berlumba haram di Jalan Lahar Kepar, di sini, malam tadi.

Dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan dari jam 6 petang hingga 11 malam itu, polis mengesan tiga motosikal yang ditunggang tiga lelaki sambil melakukan aksi berbahaya di jalan kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata ketiga-tiga mereka yang berusia 14, 16 dan 18 tahun didapati menunggang dari Jalan Lahar Kepar ke arah Kepala Batas sebelum berpatah semula sebaik membuat satu pusingan.



“Polis membuat tangkapan ke atas mereka, berikutan tindakan dilakukan menyalahi undang-undang termasuk membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Katanya, ketiga-tiga pelajar sekolah itu kemudian ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987-BH

Zahid doa pelajar SPM 2020 dapat kejayaan cemerlang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker