Urusan di Balai Polis Ampang ditangguhkan

 

AMPANG JAYA: Orang ramai yang ingin berurusan di Balai Polis Ampang di nasihatkan ke balai berlainan susulan penggantungan urusan kepada orang awam bermula 23 Februari hingga 1 Mac ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata, tindakan berkenaan diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19.



“Segala urusan membuat laporan polis dan permohonan rentas daerah atau negeri boleh dibuat di balai polis lain yang berhampiran.

“Sama-sama kita doakan petugas barisan hadapan yang positif COVID-19 diberi kesihatan yang baik dan segera sembuh,” katanya.

Beliau mengulas maklumat yang tular mengenai kes jangkitan COVID-19 di balai berkenaan sebelum ini.

Sejumlah anggota balai berkenaan juga dikehendaki kuarantin kendiri berikutan jangkitan itu.



Orang ramai boleh berurusan di balai polis yang lain antaranya Balai Polis Hulu Klang, Balai Polis Malawati, Balai Polis Pandan Indah, Balai Polis Ukay Perdana dan Balai Polis Pandan Perdana.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker