Bendera putih jangan bekal ‘peluru’ kepada musuh



Bendera putih jangan bekal ‘peluru’ kepada musuh. Semua pihak dalam negara ini tidak sepatutnya menghantar mesej salah secara terbuka hingga membolehkan pihak musuh mengambil kesempatan untuk membunuh masa depan ekonomi negara dan menghina maruah tanah air serta rakyat Malaysia.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tindakan sedemikian seolah-olah hanya membekalkan ‘peluru’ percuma kepada pihak luar untuk ‘menembak’ negara ini sesuka hati dengan tujuan menjejaskan pandangan antarabangsa kepada iklim ekonomi serta meremehkan maruah negara dan bangsa.

Menurutnya, pada masa ini, Malaysia masih dapat menyerap tekanan pandemik Covid-19 kepada ekonomi negara dan kesihatan rakyat hasil kecekapan para pemimpin dan agensi kerajaan, ketabahan petugas barisan hadapan serta perpaduan dan kerjasama sesama rakyat.

“Kepedulian wakil rakyat, pertubuhan politik dan jentera kerajaan, kecerdasan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ukhwah sesama rakyat, semangat kejiranan, kecaknaan institusi agama, institusi awam yang aktif, kepekaan pimpinan setempat dan masyarakat yang subur dengan nilai murni adalah perisai ampuh bagi menjamin kesejahteraan serta memelihara martabat kita.

“Kerajaan sentiasa sedar dan memahami kesukaran yang sedang dialami. Maka kerajaan bersedia membantu apa saja diperlukan melalui pelbagai program dan pakej pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di laman Facebooknya di sini, hari ini.




Menerusi kenyataan itu, Muhammad Sanusi turut memuatkan rencana media luar yang memaparkan pandangan penulis mengenai hala tuju negara dalam berdepan Covid-19 termasuk berkaitan inisiatif mengibar bendera putih yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Muhammad Sanusi menambah, ketika ini terdapat banyak kejayaan yang telah dicapai bagi berdepan pandemik Covid-19 berkat kesabaran dan kerjasama semua pihak.

“Sebagai contoh, kita berada di tangga ke-19 dunia dari segi keupayaan vaksinasi harian. Kapasiti semasa pusat pemberian vaksin (PPV) negara ini adalah 400,000 dos sehari iaitu antara tertinggi di dunia serta jauh mengatasi seluruh negara di Asia.

“Perkara ini tidak diungkapkan sewajarnya kerana memang tabiat penggila kuasa dan ‘keyboard warrior’ akan mengutarakan keburukan dan kejelikan berbandinng kejayaan atau kebaikan. Sedar atau tidak, mereka ini telah menjadi alat ekpada musuh negara pula,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, rakyat Kedah yang terputus bekalan makanan dan keperluan asas boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) melalui talian disediakan atau memaklumkan kepada pimpinan setempat dan wakil-wakil rakyat jika mengalami kesukaran.




“Paling tidak, maklumkan kepada tetangga untuk menghubungkan anda dengan agensi kerajaan dan pimpinan semua peringkat,” katanya.

Bendera putih jangan bekal ‘peluru’ kepada musuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hanya dua cara PM baharu boleh dilantik

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.