Pegawai MPKK seksa, bunuh anjing?

Pegawai MPKK seksa, bunuh anjing?

NGO desak tindakan terhadap pegawai perbandaran ‘seksa,’ ‘bunuh’ anjing

Sebuah NGO yang membela nasib haiwan mengeluarkan surat tuntutan terhadap Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) itu membuat laporan polis terhadap kakitangannya kerana didakwa menyeksa dan membunuh seekor anjing.

Malaysian Independent Animal Rescue (MIAR) turut mendesak majlis itu mengambil tindakan terhadap pegawai terlibat, susulan video yang didakwa memaparkan kekejaman mereka tersebar di media sosial.

Surat tuntutan itu dikeluarkan oleh peguam MIAR, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Sohanpal, kedua-duanya adalah daripada Lawyers for Animal Rights.

MIAR memberi masa tujuh hari untuk MPKK mematuhi surat tuntutan berkenaan, sebelum memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Alor Setar jika tiada tindakan diambil dalam tempoh itu.

Dalam video berdurasi satu minit 27 saat yang tular itu, individu dikatakan pegawai MPKK dilihat menyepit anjing itu menggunakan satu alat. Seorang lelaki dilihat menendang anjing itu manakala satu lagi menyuntik sesuatu dalam haiwan itu.

Video itu dipercayai dirakam semalam. Mereka turut dilihat melakukan perkara sama terhadap anjing lain.

“Apa dilakukan MPKK itu jelas menyalahi undang-undang,” kata MIAR.

“Hanya seorang doktor haiwan boleh memberi suntikan maut untuk seekor anjing jika keadaan memerlukannya.”

Tambahan katanya, polis mesti menyiasat kejadian itu mengikut Akta Kebajikan Haiwan, manakala MPKK perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan yang melakukan kesalahan berkenaan.

“MPKK tidak boleh bersubahat menutup atau membiarkan perbuatan salah pegawainya.”


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 

 


MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker