Pandangan Ahli MKT Diraikan Tanpa Sekatan

Pandangan Ahli MKT Diraikan Tanpa Sekatan . Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memberikan penerangan apa sebenarnya yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO lantaran terdapat pelbagai persoalan berlegar berkaitannya.

Berikut adalah penerangan dari beliau:-

Ada yang mempersoal tentang kenyataan rasmi parti selepas Mesyuarat MKT kelmarin.

Ia menjadi lebih keruh apabila butiran mesyuarat dibocorkan begitu sahaja tanpa hormat kepada kerahsiaan parti.

Apa yang sebenarnya berlaku?

Beberapa yang utama, tanpa saya membongkar butiran mesyuarat yang sepatutnya sulit:

1.Pelbagai pandangan disuarakan dalam Mesyuarat MKT kelmarin. Pandangan diraikan tanpa sekatan atau tapisan.

2.Setelah perbincangan tamat, beberapa ketetapan dibaca oleh Presiden, selain mengucapkan tahniah kepada YAB Timbalan Perdana Menteri atas pelantikan beliau.

3.Dua ketetapan utama selain urusan dalaman parti:

– Parti menarik sokongan dari YAB Perdana Menteri

– Ahli-ahli Parlimen UMNO diberi kebebasan menggunakan budi bicara dalam sebarang pengundian percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat kelak

Setelah mesyuarat tamat, maka kenyataan Presiden dibaca secara “live” kepada media, kemudian keesokan harinya disusuli kenyataan tambahan yang dimandatkan kepada Setiausaha Agong.

Kedua-dua kenyataan Presiden dan SUA merangkumi dua ketetapan utama seperti yang diatas.

Semoga seluruh ahli dan terutamanya pemimpin UMNO tanpa kira kedudukan dan jawatan dapat terus memperkuat parti, menjuarai dan meyakinkan rakyat terutamanya menjelang PRU15 bila sahaja ia datang.

Itulah medan sebenar menguji kekuatan sama ada parti dan pemimpin mendapat kepercayaan dari rakyat segenap generasi atau tidak. Tiada percaturan dari mana-mana pihak yang mampu mengubah hakikat ini. Ternyata situasi rakyat tidak menjadi lebih baik atau gembira membaca butiran persaingan atau percaturan politik terbuka apatah lagi disaat ini.

Ke arah itu, dalam membuat sebarang keputusan seterusnya, didoakan semua pemimpin dan figura dalam UMNO diberi kebijaksanaan dalam kenyataan, kerja dan gerak langkah agar semua aset parti kita dapat digemblengkan menjadi suatu ketumbukan padu untuk penilaian rakyat.

Pandangan Ahli MKT Diraikan Tanpa Sekatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


SUA BN nafikan surat sokongan kepada Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker