Duduk Rumah Pun Kes Tetap Tinggi, Ramai Dah Koyak

Duduk Rumah Pun Kes Tetap Tinggi, Ramai Dah Koyak

Rata-rata rakyat dilihat mula mempersoalkan pengorbanan mereka berkurung di rumah sejak sebulan lalu bagi mengurangkan jangkitan Covid-19 seakan-akan sia-sia selepas kes harian dicatatkan berterusan tinggi.

Lebih menyedihkan, rakyat mula meluahkan rasa kecewa setiap kali melihat kes dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) terus meningkat walaupun ada diantara mereka terpaksa mengikat perut kerana tidak dapat bekerja.



Kesemua luahan itu dilontarkan rakyat menerusi beberapa platform media sosial antaranya Facebook rasmi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah serta Twitter KKM sendiri.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nora Mohamed meminta agar Noor Hisham melakukan sesuatu bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

“Kami sudah penat, tolong lakukan sesuatu,” katanya.

Bagi Pro Sasidaran pula, dia menulis perkataan sarkastik dengan mengucapkan tahniah atas kes dicatatkan Malaysia pada hari ini.



“Tahniah, tidak perlu fikir banyak, keadaan masih terkawal. Sogo dan Isetan dibuka hari ini, mari kesana,” tulisnya.

David Lim pula mempersoalkan mengapa kes harian dicatatkan begitu tinggi sedangkan semua rakyat berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Saya tertanya-tanya, PKPD semua orang berada di rumah, mengapa kes tinggi? Sukar dipercayai, lebih baik bagi semua keluar saja,” katanya.

Dalam pada itu, ada juga pengguna laman media sosial membuat andaian kes Covid-19 pada esok hari akan mencatatkan angka 10,000 berdasarkan tarikh esok iaitu 10 Julai 2021.

Andaian itu dibuat berikutan kes yang dicatakan hari ini lebih 9,000 iaitu pada 9 Julai 2021 manakala pada 7 Julai 2021 kes dicatatkan lebih 7,000.

Kes Covid-19 dicatatkan hari ini dilaporkan sebagai paling tinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 9,180 kes. -K! ONLINE



Duduk Rumah Pun Kes Tetap Tinggi, Ramai Dah Koyak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kes tinggi, petugas barisan hadapan letih



Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker