Diraba Pekerja Seks Punya Pasal Terus Hilang Hampir RM2,000

Diraba Pekerja Seks Punya Pasal Terus Hilang Hampir RM2,000

PATTAYA, THAILAND – Gara-gara menolak godaan seorang pekerja seks untuk melakukan hubungan intim, seorang pelancong dari Jerman mengalami kerugian berjumlah 15,000 baht (RM1,931), lapor laman berita The Pattaya News hari ini.

Dalam aduannya kepada polis, Thomas Hatesaul, 68, berkata, ketika kejadian dia sedang bersiar-siar di sebatang jalan di Pattaya sebelum dihampiri seorang wanita yang dipercayainya adalah pekerja seks.

Wanita berpakaian seksi itu menghampiri Hatesaul secara agresif dan memeluknya sambil menawarkan perkhidmatan hubungan intim untuk sejumlah bayaran yang tidak didedahkan.

Lelaki itu bagaimanapun menolak pelawaan wanita terbabit, lantas berlalu pergi. Dia kemudian menyedari wang di dalam poketnya berjumlah 15,000 baht (RM1,931) telah hilang.

Buat masa ini, polis sedang meneliti rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian  bagi mengesan suspek.

Kes tersebut disifatkan polis sebagai kes penting memandangkan insiden seperti itu mampu merosakkan imej Pattaya sebagai sebuah bandar yang menjadi tarikan pelancong luar negara. – AGENSI

Diraba Pekerja Seks Punya Pasal Terus Hilang Hampir RM2,000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pekerja Seks Gantung Seluar Dalam Tanda Protes Dan Minta Kerajaan Beri Elaun Covid-19

Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker