Trend Rambut ‘Mangkuk Tandas’ Pula

Trend Rambut ‘Mangkuk Tandas’ Pula

London: Trend menyimpan anak rambut, janggut dan bulu di sekeliling wajah, kini menjadi ikutan segelintir lelaki di United Kingdom (UK).

Daily Star melaporkan gaya itu menunjukkan lelaki terbabit memotong semua rambut kecuali pada bahagian depan dan tepi serta menyimpan jambang.



Ia menjadikan mereka kelihatan mempunyai gaya rambut lingkaran bulat.

Trend itu dikatakan tiba-tiba muncul selepas ada yang mencuba gaya berkenaan akibat bosan kerana duduk di rumah ketika sekatan pergerakan.

Ia juga kembali menjadi trend memandangkan orang ramai tidak dapat ke salun dan kedai gunting rambut.



Dalam pada itu, seorang pengkritik menyamakan gaya rambut dan jambang itu seperti mangkuk tandas.

“Ia buat wajah anda jadi lebih ganas daripada biasa,” katanya.

Sementara yang lain mahu gaya itu dihapuskan daripada muka bumi.

“Saya tidak percaya gaya itu adalah trend terkini,” katanya.



Salah seorang pengikut trend itu, Jeremy Clarkson, 61, berkata, dia tidak bercukur selama seminggu pada musim bunga yang lalu.

Ia untuk mendapatkan gaya rambut seperti itu.

Bagi sesetengah pihak, trend itu lebih teruk daripada gaya rambut Mullet yang pernah popular pada tahun 80-an.

Mullet ialah gaya rambut yang dipotong pendek di bahagian tepi dan dibiarkan sedikit panjang di belakang.



Gaya rambut itu pernah digayakan oleh ramai selebriti pada zaman berkenaan termasuk penyampai radio dan televisyen di United Kingdom, Pat Sharp.

Selain itu, gaya rambut sama dikenakan pemain bola sepak, Chris Waddle.-HM

Trend Rambut ‘Mangkuk Tandas’ Pula


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Siapa Sangka Pereka Fesyen Popular Ini Kekal Awet Muda Pada Usia 72 Tahun

Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker