Rafidah berdoa Tuhan selamatkan Malaysia

Rafidah berdoa Tuhan selamatkan Malaysia

‘Ya Tuhan selamatkan Malaysia’, Rafidah doa rakyat dilindungi dari pemimpin ‘kerajaan pintu belakang’

Bekas menteri Rafidah Aziz membidas perkembangan terkini politik tanahair, mengeluh ahli politik masih berebut kuasa.

Rafidah menulis di Facebook ahli politik berkenaan giat mengangkat diri sendiri dan dalam masa sama memecah-belahkan ahli parti, dan mendakwa mereka mengamalkan politik yang “korup” dan “transaksional” (mengutamakan pulangan).

Beliau juga membidas individu-individu yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang, mendakwa mereka itu yang menawarkan diri untuk memimpin negara hanya mengejar kuasa dan jawatan.

“Ternyata ini permainan politik peribadi…ini bukan mengenai tanggungjawab berat serta usaha keras dan cermat yang digalas bersama jawatan itu.

“Tidak nampak kepimpinan atau pemimpin – cuma individu-individu yang selesa berkuasa yang imbuhan mereka dibayar dengan wang rakyat.

“Nampaknya ‘game of toilet thrones’ oleh ‘kerajaan pintu belakang’ yang membuat keputusan untuk menggunakan ‘darurat’ politik untuk motif, objektif, dan kepentingan politik peribadi masih berterusan,” katanya.

Semua ini berlaku ketika negara dan rakyat masih dihimpit wabak Covid-19 dan kesannya yang meluas ke atas masyarakat, katanya.

Rafidah mengingatkan rakyat masih bergelut untuk mencukupkan keperluan ketika “lockdown” dan ada pun yang mengalami tekanan mental kerana hilang kerja dan anak-anak yang tidak dapat belajar sebaik mungkin.

“Tetapi, ahli politik yang hanya memikirkan diri sendiri tidak menyelami perasaan mereka dan berpura-pura sahaja, menyebarkan gambar mereka memberikan barang, dan seperti biasa bercakap seolah-olah serba tahu.

“Kerajaan ini tidak memerintah. Politik mengatasi hampir segalanya. Ya Tuhan selamatkan Malaysia,” katanya.

Nasib Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri terus menjadi persoalan selepas Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, semalam mengumumkan parti menarik balik sokongan terhadap beliau. FMT

Rafidah berdoa Tuhan selamatkan Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pekebun haram Musang King peroleh Rm420j semusim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker