Polis tangkap ‘toyol’ di MAEPS

Polis tangkap ‘toyol’ di MAEPS

Biarpun menyedari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Hall A (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang di sini, dikawal ketat polis namun seorang lelaki masih berani cuba menyeludup air ketum dan rokok.

Difahamkan lelaki berusia 33 tahun itu mahu membekalkan bahan terlarang itu kepada pesakit yang menerima rawatan di pusat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, lelaki terbabit yang juga bekas pesakit Covid-19 di PKRC MAEPS bagaimanapun diberkas polis Ahad lalu.

Menurutnya, suspek dikesan bertindak melontar ‘barang’ terlarang itu kepada seseorang di lokasi berhampiran kawad berduri di Dewanl A MAEPS di sini.

“Tindakan itu disedari anggota polis yang sedang bertugas di pos kawalan sebelum menyoal siasat suspek.

“Helah suspek akhirnya terbongkar apabila seorang lelaki yang juga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada di lokasi itu memberitahu bahawa suspek mencampak bungkusan plastik hitam didakwa berisi buah epal.

“Polis kemudiannya melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan lori TNB dan menjumpai sejumlah kotak rokok di atas rumput serta bungkusan air dipercayai air ketum,” katanya tadi.

Wan Kamarul Azran berkata, sehubungan dengan itu, polis merampas 10 kotak rokok dan sebungkus air ketum.

“Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Ahad lalu, Pegawai Pemerintah PKRC Maeps Serdang, Superintendan Norhizam Bahaman mendedahkan tindakan ahli keluarga pesakit PKRC cuba menyeludup rokok di dalam roti dan bungkusan makanan dihantar kepada pesakit di pusat berkenaan. HM

Polis tangkap ‘toyol’ di MAEPS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bekas isteriku kini ibuku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker