Covid-19 : 8868 kes baharu hari ini

Covid-19 : 8868 kes baharu hari ini

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 8,868 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 808,658 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 4,152 kes.

Bukan hanya tertinggi sejak 1 Jun lalu tetapi kedua tertinggi yang pernah direkodkan sejak kali pertama COVID-19 dilaporkan di negara ini awal tahun lalu.

Tertinggi setakat ini adalah sebanyak 9,020 kes pada 29 Mei lalu.

Penyumbang kes tertinggi hari ini adalah Selangor yang mencecah 4,152 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 1,133 kes dan Negeri Sembilan, 897 kes.

Turut melaporkan kes yang tinggi beberapa negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ini terutama Perak yang mencatatkan 543 kes manakala Pulau Pinang pula 237 kes.

Semalam, Perak melaporkan 187 kes baharu dan Pulau Pinang, 140.

Perlis pula kekal terendah dengan satu kes baharu hari ini manakala Terengganu (68 kes), Kelantan (135) dan Pahang (152).

Berbanding semalam, sebanyak 7,097 kes baharu COVID-19 dilapor hari ini dengan 3,119 dikesan di Selangor.

Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 1,005 kes dan Negeri Sembilan, 788 kes.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 8 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,868 kes (808,658 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 4,152 (272,993)
WPKL – 1,133 (85,042)
Johor – 336 (73,722)
Sabah – 279 (71,468)
Sarawak – 281 (67,841)
Negeri Sembilan – 897 (50,314)
Pulau Pinang – 237 (36,054)
Kelantan – 135 (35,751)
Perak – 543 (28,517)
Kedah – 360 (27,421)
Melaka – 183 (20,540)
Pahang – 152 (15,387)
Terengganu – 68 (11,589)
WP Labuan – 64 (8,922)
WP Putrajaya – 47 (2,495)
Perlis – 1 (602)

BERITA LANJUT MENYUSUL

Covid-19 : 8868 kes baharu hari ini

/>

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pekebun haram Musang King peroleh Rm420j semusim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker