Pekebun haram musang king dakwa kerajaan negeri ingkar perintah mahkamah

Pekebun haram musang king dakwa kerajaan negeri ingkar perintah mahkamah. Kumpulan pekebun musang king di Raub mendakwa kerajaan negeri mengingkari perintah mahkamah kerana Hutan Simpan Kekal Batu Talam terletak di dalam Mukim Tras yang dilindungi di bawah perintah tersebut.

Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Wilson Chang Yee Chin berkata, pada 5 Januari 2021, Mahkamah Rayuan telah memberikan perintah injunksi interim bagi melindungi 111 pekebun durian di Raub.

Katanya, perintah tersebut telah secara nyata melarang Pejabat Tanah Daerah Raub, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Kerajaan Negeri Pahang, Pihak Berkuasa Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd daripada mengambil tindakan terhadap kebun dan pekebun durian.

Oleh itu katanya, kerajaan Pahang dilarang untuk memusnahkan pokok durian ataupun menghentikan pekebun daripada memasuki kebun mereka.

“Tindakan penebangan pokok durian yang dijalankan oleh JPNP di Tras, Raub pada 3 dan 4 Julai 2021 adalah satu tindakan mengingkari perintah mahkamah.

“Kebun durian yang terlibat iaitu kawasan Hutan Simpanan Batu Talam terletak di bawah Mukim Tras yang dilindungi oleh perintah mahkamah.

Peta menunjukkan bahawa Hutan Simpanan Batu Talam terletak bawah Mukim Tras.

“Maka tindakan kerajaan mengingkar perintah mahkamah dan mengambil tindakan terhadap pekebun di Hutan Simpanan Batu Talam adalah tidak sah di sisi undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Samka mengecam tindakan Kerajaan Pahang dan JPNP yang mengingkari perintah mahkamah dan ia mungkin terjumlah kepada kesalahan menghina mahkamah.

Menurutnya, tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak kerajaan Pahang ini telah mencabar kedaulatan undang-undang di Malaysia, seterusnya membawa ancaman kepada doktrin pemisahan kuasa, dan bertentangan dengan semangat demokrasi.

“Samka menyatakan bahawa pekebun-pekebun durian tidak akan akur dan gentar akan tindakan kerajaan Pahang, malah akan mempertahankan hak-hak mereka yang dilindungi oleh undang-undang.

“Samka juga akan membawa kerajaan Pahang ke mahkamah atas kesalahan penghinaan mahkamah,” katanya.

Tambahnya, Samka sekali lagi menegaskan bahawa pekebun-pekebun adalah secara terbuka hati dan bersedia untuk memberi kerjasama kepada kerajaan negeri bagi mencapai penyelesaian menang-menang.

Malangnya Yee Chin berkata, kerajaan Pahang bukan sahaja mengabaikan seruan pekebun-pekebun, malah mengancam dan menganiaya pekebun dengan tindakan penguatkuasaan.

Pekebun haram musang king dakwa kerajaan negeri ingkar perintah mahkamah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pekebun haram Musang King peroleh Rm420j semusim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker