Polis Buru 2 Lelaki Lolos Dari Kawasan PKPD [VIDEO]

Polis Buru 2 lelaki Lolos Dari Kawasan PKPD [VIDEO]

Dua orang lelaki dirakam melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kuala Lumpur yang terletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut kira-kira pukul 4 petang tadi.

VIDEO BIBAWAH:-

“Pukul 4 petang tadi saya dimaklumkan tentang kejadian penduduk melarikan diri dari kawasan PKPD PPR Pantai Ria iaitu di belakang blok B.

“Pihak polis telah dimaklumkan dan sedang menjejak mereka. Rumah mereka di PPR Pantai Ria juga telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek dipercayai penagih dadah melarikan diri ke kawasan belakang sungai PPR terbabit sebaik sahaja melepasi kawalan kawat duri yang dipasang.

“Polis sudah menjalankan operasi dan sedang mengesan mereka untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi dua minit empat saat dalam laman sosial menunjukkan dua lelaki meniarap sebelum meloloskan diri mereka daripada kawat duri yang dipasang di PPR Pantai Ria itu.

Tindakan tegas akan diambil,” katanya. – K! ONLINE

Polis Buru 2 lelaki Lolos Dari Kawasan PKPD [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pesawat Kargo Alami Masalah Enjin Buat Pendaratan Cemas Di Perairan Hawaii

Kebakaran Besar ‘Mata Api’ di Perairan Teluk Mexico [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker