Aamir Khan sah bercerai

Aamir Khan sah bercerai

BINTANG filem Bollywood, Aamir Khan disahkan bercerai dengan isterinya, Kiran Rao yang juga penggiat filem India selepas 15 tahun berumah tangga.

Pasangan itu dalam satu kenyataan kepada media India berkata, mereka bagaimanapun akan terus bekerjasama membesarkan anaknya, Azad Rao Khan serta hubungan profesional mereka sebagai rakan kongsi untuk beberapa projek termasuklah pertubuhan, Paani Foundation.



“Dalam tempoh 15 tahun yang indah ini, kami berkongsi pengalaman, kegembiraan dan hubungan kami juga berkembang melalui kepercayaan, hormat serta rasa cinta.

“Kini, kami ingin memulakan kisah hidup yang baru, bukan lagi sebagai suami dan isteri, tetapi sebagai ibu bapa dan keluarga untuk satu sama lain,” kata kedua-dua mereka dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu juga, turut dimaklumkan bahawa kedua-dua mereka sudah tidak tinggal sebumbung dalam satu tempoh, namun tidak menghalang mereka untuk menjaga dan membesarkan Azad.

“Dalam beberapa ketika, kami sudah merancang untuk berpisah dan sekarang, bersedia untuk berkongsi berita ini secara rasmi dan tinggal berasingan.



“Kami tetap akan menjadi ibu bapa buat anak kami, dan akan membesar serta melindunginya bersama,” kata mereka.

Aamir dan Kiran juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan kenalan yang sentiasa menyokong dan memahami situasi mereka.

“Kami akan terus berkolaborasi dalam filem, Paani Foundation adn beberapa projek yang sesuai dengan minat kami.

“Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong serta memahami hubungan kami.



“Kami memohon agar keputusan kami ini mendapat restu dan kepada anda yang melalui situasi sama seperti kami, jangan menganggap penceraian itu adalah pengakhiran, sebaliknya satu permulaan baru,” kata mereka.

Pasangan itu bertemu ketika menjalani penggambaran filem Lagaan, di mana Aamir memegang watak utama, manakala Kiran pula bertugas sebagai pembantu pengarah.

Kedua-dua mereka mengikat tali perkahwinan pada 28 Disember 2005.
Sebelum itu, Aamir pernah berkahwin dengan Reena Dutta dan dikurniakan dua cahaya mata, Junaid Khan dan Ira Khan. HM

Aamir Khan sah bercerai




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker