EURO 2020, Itali titik Belgium untuk ke separuh akhir

EURO 2020, Itali titik Belgium untuk ke separuh akhir. Itali meneruskan kemaraan ke separuh akhir Euro 2020 selepas menewaskan Belgium 2-1 sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah kepada angka 32 dalam aksi di Allianz Arena, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Azzurri akan bertemu Sepanyol di Stadium Wembley bagi merebut tiket ke final kejohanan Eropah berkenaan.

Itali bermula garang dengan jaringan pertahanannya, Giorgio Chiellini pada minit ke-13 namun gol itu dibatalkan selepas pemain tersebut berada dalam kedudukan ofsaid.

Tersentak dengan isyarat itu, Belgium kembali mengatur gerakan dan hampir membuka tirai jaringan namun percubaan Kevin De Bruyne pada minit ke-22 berjaya ditepis keluar penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma untuk memberi sepakan penjuru keempat kepada lawannya.

Pemain tengah, Nicolo Barella memanfaatkan kesilapan pertahanan Belgium yang gagal mengeluarkan bola dengan baik apabila melakukan rembatan deras untuk gol pertama pada minit ke-31.

Lorenzo Insigne menambah kelebihan buat Itali 13 minit kemudian menerusi rembatan menarik dari jarak 25 meter.

EURO 2020, Itali titik Belgium untuk ke separuh akhir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker