Tasik kelima terbesar di Turki kini tanah gersang

Tasik kelima terbesar di Turki kini tanah gersang

ANKARA, Turki – Tasik kelima terbesar di Turki yang merupakan sumber air semula jadi di wilayah Konya kini kering kontang akibat pemanasan global dan penurunan kekerapan hujan sepanjang tahun ini, lapor portal Hurriyet Daily News, semalam.

Tasik Aksehir yang seluar 54 kilometer per segi dan pernah mempunyai kedalaman air sehingga lima meter kini seperti padang jarak padang tekukur apabila sumber airnya mengering.

Bercakap kepada Agensi Berita Demiroren, ahli akademik Universiti Teknikal Konya, Tahir Nalbantcilar, memaklumkan terdapat lapisan tanah yang retak di tengah-tengah tasik itu.

Tahir mengatakan salah satu faktor utama pengeringan tasik itu adalah disebabkan pemanasan global.

Namun begitu, terdapat juga kepincangan sistem penggunaan air bagi sektor pertanian di kawasan sekitar yang menyumbang kepada kejadian ini.

“Beberapa kolam air buatan manusia yang diwujudkan untuk tujuan pengairan ke tanah-tanah pertanian milik penduduk dengan benteng yang dibina di tebing sungai telah menyekat sumber air yang mengalir ke tasik ini.

“Sekiranya kerajaan tidak mengubah sistem penggunaan air semasa, mungkin kita perlu mengucapkan selamat tinggal kepada tasik itu buat selama-lamanya,” ujarnya. K Online

Tasik kelima terbesar di Turki kini tanah gersang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker