Edika Yusof Teruk Dikecam Netizen Sokong #Lawan

Edika Yusof Teruk Dikecam Netizen Sokong #Lawan

Perarakan yang diadakan bagi mendesak seluruh menteri Kabinet meletakkan jawatan itu dilaporkan berlangsung di Ibu Negara, Kuala Lumpur.

Perarakan yang diadakan bagi mendesak seluruh menteri Kabinet meletakkan jawatan itu dilaporkan berlangsung di Ibu Negara, Kuala Lumpur.

Edika difahamkan telah meninggalkan komen di sebuah hantaran Facebook di mana dia menganggap perarakan tersebut adalah wajar sebagai simbolik mewakili suara rakyat yang berani untuk mendesak kerajaan tidak mempunyai kredibiliti ini berundur dan meletakkan jawatan.

Ni rakyat, bukan parti politik. Berani kerana benar. Kalau tidak buat macam ni (perarakan) ramai lagi akan mati..hormati mereka sekurang-kurangnya mereka berani.

Pelakon filem lagenda Maria Mariana itu juga merasakan perarakan itu selamat kerana ia dilakukan di kawasan terbuka dan selamat serta peserta juga mengikuti prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka.

Walau bagaimanapun, pendapat yang disuarakan Edika itu tidak mendapat sokongan yang sewajarnya daripada pengguna media sosial Facebook kerana ramai pula yang menghentamnya dan menyifatkan pelakon itu sebagai ‘tidak punya otak’.

 

Edika Yusof Teruk Dikecam Netizen Sokong #Lawan

Terdahulu, satu perarakan protes oleh sekumpulan individu berpakaian hitam yang membawa tanda pagar #lawan telah diadakan pada jam 10 pagi tadi bermula dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka.

Perarakan itu diadakan bertujuan mendesak agar seluruh menteri Kabinet melepaskan jawatan kerana didakwa gagal menangani wabak COVID-19 sejak hampir dua tahun yang lalu.-bn

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Edika Yusof Teruk Dikecam Netizen Sokong #Lawan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

[VIDEO] Sambut Ulangtahun Ke-18, Pelakon Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lumpuh Hingga Akhir Hayat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker