Rakyat tidak lupa siapa PH dan siapa mereka

Sebaran :

Rakyat tidak lupa siapa PH dan siapa mereka.

Pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu bagi memastikan siri demonstrasi dan protes yang melanda negara ketika musim wabak ini dihentikan, serta mengenakan tindakan tegas terhadap dalang isu berkenaan.

Ini kerana, kelemahan tindak balas daripada pihak berkuasa hanya akan memberikan ruang kepada banyak lagi siri protes dalam masa terdekat ini.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni mengakui, jelas ada kesamaan di antara hartal doktor kontrak, demonstrasi ‘lawan’ dan cubaan Ahli Parlimen pembangkang berarak ke Parlimen hari ni.

“Semuanya adalah siri-siri protes yang kemungkinan akan berterusan dengan siri-siri yang seterusnya. Malangnya, kesemua protes itu tidak disekalikan dengan satu pelan cadangan alternatif.

“Jika objektifnya adalah agar pemimpin kerajaan sekarang meletakkan jawatan, pemprotes tidak mampu untuk menamakan seorang calon pun untuk menjadi Perdana Menteri yang disepakati oleh mereka dan memang diyakini akan mentadbir negara dengan lebih baik.

“Apatah lagi jika diminta untuk menyenaraikan senarai nama menteri-menteri cadangan, lebih lagi mereka tidak mampu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Membidas lagi, beliau berkata, semua nama-nama yang mereka sebutkan sebagai pengganti kepada kepimpinan negara sekarang telahpun menunjukkan prestasi masing-masing yang amat lemah dalam sejarah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sebelum ini.

“Ditambah lagi dengan rekod buruk mereka sebagai pembangkang. Apa yang berlaku pada hari ini, dengan penglibatan sebahagian Ahli Parlimen yang sepatutnya dikuarantin dan perlanggaran SOP PKP, jelas sekali lagi menunjukkan sikap suka melanggar peraturan yang ada pada mereka.

“Bagaimanakah orang yang buruk prestasi dan suka melanggar peraturan boleh diharapkan untuk memimpin negara?” soal Ustaz Fauzi.

Meskipun barisan pimpinan negara yang ada sekarang juga tidak menjalankan tugas dengan baik, namun jika berlaku pertukaran kuasa pada waktu ini dengan cara demonstrasi jalanan, ia adalah lebih memudaratkan negara.

“Justeru, rakyat sepatutnya bijak dan matang dalam memilih di antara dua perkara yang mudarat dengan mengelakkan berlakunya perkara yang lebih mudarat,” katanya.

Rakyat tidak lupa siapa PH dan siapa mereka

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



Sebaran :

Leave a Reply