Trend telekung berfesyen, apa hukumnya?

Trend telekung berfesyen, apa hukumnya?

Sesi soalan jawab bersama Da’i Hamidah Ab Razak, Juara Program Da’i 2015. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah & Agama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Soalan :

Trend sekarang memperlihatkan kaum wanita mengenakan pelbagai jenis dan rekaan telekung solat. Ini dapat dilihat telekung solat bukan hanya terdiri dari pelbagai fabrik dan perhiasan. Apakah hukum memakai telekung solat berwarna-warni dan berhias dengan pelbagai jenis perhiasan termasuk renda, manik, dokoh dan sebagainya?

Jawapan :

Wallahu A’lam, hukumnya sah jika telekungitu menepati syara’, tutup aurat dan longgar.

Sekiranya warna terlalu terang dan corak-corak di telekung itu banyak dan orang yang solat di belakang atau yang dihadapannya terganggu, maka ia boleh jatuh hukum makruh.

Sebenarnya Islam tidak melarang untuk kita kelihatan cantik, malah Islam amat sukakan perkara yang indah dan cantik, namun sekiranya ia mengganggu ibadah, itu yang kita perlu berhati-hati, agar solat kita berkualiti.

Berdasarkan hadis Nabi SAW bahawa Nabi solat di atas kain yang bergambar. Lalu baginda melihat kepada gambar tersebut. Selesai solat baginda berkata :

“Pergilah dengan membawa kain ini kepada Abu Jahm dan gantilah dengan pakaian kosong yang tiada gambar dari Abu Jahm. Sungguh kain ini tadi telah mengganggu solatku.”

Nabi bersabda : “Aku melihat pada gambarnya dan khawatir gambar itu menggangguku.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Oleh itu bersederhanalah, jadikan solat kita berkualiti dengan menjaga yang wajib dan menjauhi yang dilarang juga berhati-hati dengan perkara yang boleh mencacatkan amal ibadah kita. Utv

Trend telekung berfesyen, apa hukumnya?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lawan dengan anjuran agama,bukan bendera putih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker