Kereta lawan arus rempuh motosikal penghantar makanan



Kereta lawan arus rempuh motosikal penghantar makanan

Tak perasan salah jalan, kereta lawan arus rempuh motosikal

Lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu melawan arus di Jalan Kerinchi, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Zulkefly Yahya berkata, pemandu kereta itu tidak perasan termasuk ke jalan yang salah dan hanya menyedari perkara itu selepas berlaku kemalangan.

Kemalangan itu berlaku di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai menghala ke Lebuhraya Persekutuan pada 10.30 pagi melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki warga emas dan motosikal jenis Yamaha 135LC.




“Pemandu kereta dari arah Jalan Pantai Permai memasuki laluan bertentangan dan memandu sejauh 100 hingga 150 meter sebelum bertembung dengan sebuah motosikal yang berada di lorong kanan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal berusia 42 tahun itu terjatuh di atas jalan raya dan mengalami kecederaan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Zulkefly berkata, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal yang menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor itu pula patah tangan kanan dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, satu video berdurasi 22 saat menunjukkan kemalangan terbabit tular di media sosial, hari ini. FMT




Kereta lawan arus rempuh motosikal penghantar makanan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada internet, pelajar ikuti kelas ditemani buaya



Leave a Reply

Your email address will not be published.