Kepimpinan Akmal ditolak 110 cabang PKR

Kepimpinan Akmal ditolak 110 cabang PKR

110 Cabang AMK tolak kepimpinan Akmal Nasir

Kemelut dalaman yang berlaku dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) makin serius apabila kira-kira 110 Ketua AMK Cabang menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.



Ini berlaku selepas Akmal Nasrullah melakukan rombakan besar-besaran struktur kepimpinan sayap parti PKR itu termasuk melucutkan jawatan Ketua AMK Selangor, Najwan Halimi berkuatkuasa serta merta.

Kenyataan bersama AMK Cabang yang turut ditandatangani Najwan hari ini mendakwa, Akmal Nasrullah yang lebih dikenali dengan panggilan Akmal Nasir tidak lagi layak menerajui kepimpinan sayap parti itu.

“Berikutan rombakan besar-besaran yang dilakukan pucuk pimpinan AMK pusat tanpa pengetahuan kepimpinan sayap di seluruh negara, kira-kira 110 Ketua AMK Cabang PKR menyatakan tidak lagi menyokong ketuanya itu.

“Beliau ternyata tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila melucutkan jawatan sebahagian besar pemimpin muda yang bekerja kuat menguatkan parti selepas ‘Langkah Sheraton’.



“Untuk makluman, AMK mempunyai 137 cabang dan 110 Ketua AMK Cabang yang menang secara rasmi dan sah dalam pertandingan tahun lalu telah menolak kepimpinan Akmal Nasir,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Isnin lalu, Akmal Nasir membuat kejutan menerusi surat bertajuk, “Rombakan Menyeluruh Struktur Jawatankuasa AMK Selangor”, membubarkan seluruh jawatankuasa AMK negeri itu termasuk melucutkan jawatan disandang Najwan.

Surat yang ditandatangan Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razak itu menyatakan, ada keperluan untuk AMK Malaysia melakukan rombakan strategik bagi bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan memastikan gerak kerja lebih berfokus dan tersusun.

Selain Najwan, turut menandatangani kenyataan bersama itu ialah bekas Ketua AMK Perlis Azam Karap dan Naib Ketua AMK pusat, Syed Badli Shah, masing-masing digugurkan oleh AMK pusat dua hari lalu.



Menurut kenyataan itu, jika AMK pusat hendak membuat rombakan atas alasan pemilihan PKR dilanjutkan sehingga tahun 2023, adalah lebih baik dilakukan secara keseluruhan terhadap tampuk kepimpinan AMK.

“Sudah terang lagi bersuluh Akmal Nasir adalah Ketua AMK Malaysia paling lemah dan tidak efektif dalam sejarah kepimpinan sayap parti.

“Oleh itu, kami menggesa AMK Malaysia mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) bagi melantik Ketua baharu yang mempunyai keabsahan,” katanya. MG

Kepimpinan Akmal ditolak 110 cabang PKR




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada internet, pelajar ikuti kelas ditemani buaya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker