Tiada internet, pelajar ikuti kelas ditemani buaya

Sebaran :

Tiada internet, pelajar ikuti kelas ditemani buaya

Demi ilmu, pelajar ikuti kelas ‘ditemani’ buaya

Sejak 15 bulan lalu, Danniella Inez, 17, dan dua sepupunya terpaksa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) di dalam bot, di Sungai Batang Lassa, Sarawak yang dihuni buaya.

Sekalipun hujan lebat, tiga pelajar dari Kampung Sawai itu tetap ke lokasi berkenaan dengan hanya berteduhkan payung semata-mata tidak mahu ketinggalan pembelajaran dalam talian, disebabkan kampung mereka tiada akses internet.



Danniella pelajar Tingkatan Lima di SMK Batang Igan, manakala dua sepupunya Nick Nazuel Juria, 16, dan Sherly Erina, masing-masing pelajar MRSM Bentong serta Politeknik Mukah.

Ketiga-tiganya terpaksa mengambil tindakan drastik demi menghadiri kelas dalam talian sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama kali dilaksanakan, tahun lalu, dengan “rutin hairan” itu diketahui umum selepas video mereka menghadiri kelas dalam talian tular di media sosial, lapor Utusan Borneo.

Abang Danniella, Carry Alwind Sahren, 19, yang dihubungi portal itu berkata, adik dan dua sepupunya itu mengikuti kelas dalam talian di atas bot sejak pelaksanaan PKP tahun lalu.

Katanya, ketiadaan liputan internet di kawasan rumah menyukarkan mereka menyiapkan dan menghantar kerja sekolah terutama yang perlu dihantar segera.



“Dari rumah, mereka menaiki bot dan menempuh perjalanan kira-kira lima hingga 10 minit untuk sampai ke tebing sungai berhampiran yang mempunyai capaian internet lebih baik.

“Ada ketika mereka terpaksa menggunakan payung untuk berlindung dari hujan dan panas dan kadang-kadang terpaksa belajar dalam keadaan pakaian basah kuyup jika hujan lebat,” katanya.

Carry berkata, ibu dan saudaranya sering menjadi pemandu bot menemani tiga pelajar itu ketika mengikuti PdPR berkenaan.

“Selain mereka bertiga, terdapat pelajar lain juga di kawasan tebing tersebut yang senasib dengan mereka,” katanya.



Menurutnya, Danniella Ines, 17, adalah pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Batang Igan, manakala dua sepupunya, Nick Nazuel Juria, 16, dan Sherly Erina, 19, masing-masing penuntut Maktab Rendah Sains Mara Betong serta Politeknik Mukah.

Beliau berkata, mereka bertiga sebelum ini tinggal di asrama, namun terpaksa pulang selepas PKP dilaksanakan.

“Keadaan ini menyebabkan mereka sukar untuk mengikuti PdPR dengan baik dan selesa,” katanya.

Menurutnya, alternatif bagi tiga pelajar itu mendapat capaian internet lebih baik adalah untuk pergi ke pasar Matu yang terletak 90 minit perjalanan dari kampung mereka.

Carry mengakui bangga dengan semangat dan kegigihan mereka bertiga, namun mengakui sentiasa risaukan keselamatan mereka.

“Sungai tersebut ada buaya dan perkara itulah paling merisaukan saya setiap kali mereka ke tebing sungai tersebut.

“Satu lagi cabaran yang terpaksa mereka tempuh ialah apabila enjin bot rosak. Keadaan ini menyebabkan mereka terlepas mengikuti sesi PdPR jika ada kelas pada hari tersebut,” katanya. FMT

Tiada internet, pelajar ikuti kelas ditemani buaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki trauma diugut sebar gambar bogel


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.