Rasa Macam Bermimpi! Siti Elizad Terkejut Raja Permaisuri Call Beri Kata2 Semangat



Rasa Macam Bermimpi! Siti Elizad Terkejut Raja Permaisuri Call Beri Kata2 Semangat

Selepas menyifatkan kesedihannya seperti terubat dengan hadiah ‘pelangi’ dari Allah, pelakon dan penyampai radio Siti Elizad hari ini dianugerahkan kegembiraan berganda dan terasa seolah-olah bermimpi apabila dihubungi sendiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bertanyakan khabar tentang dirinya.

Berkongsi detik gembira tersebut di laman Instagram, pelakon berusia 37 tahun itu tersentuh hati apabila Tunku Azizah berkenan membaca kisahnya yang didakwa mempunyai masalah gangguan kesuburan.

Elizad cukup terharu dengan kesudian Tuanku Permaisuri yang turut mengikuti kisah tular berhubung gelaran mandul yang dilemparkan kepadanya oleh seorang individu dalam media sosial baru-baru ini.

“Hari ini hari yang sangat menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Azizah yang bertanyakan keadaan saya.

“Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya ‘mandul’ tempoh hari. Perkara ini sangat menyentuh hati saya setelah mendapat panggilan telefon Permaisuri,” ujarnya.




Kata Elizad lagi, dia bagaikan tidak percaya apabila Permaisuri yang selama ini menjadi idolanya dalam perjalanan untuk melakukan kaedah In Vitro Fertilisation (IVF) sudi mencemarkan duli bertanyakan khabar tentang dirinya.

“Terkejut. Semua ada. Rasa macam mimpi dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan IVF saya.

“Sesungguhnya Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa,” tulisnya.

Semasa dihubungi Tuanku Permaisuri, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Sharifuddin berkata, Tuanku Permaisuri turut menitipkan kata-kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalamannya melakukan rawatan IVF sebanyak 17 kali yang menyakitkan.

Ketika ditemu bual Tuanku Permaisuri, Elizad tidak mampu menggambarkan kegembiraannya.

“Terlalu gembira dapat berbual dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh keibuan sifat Tuanku,” tulisnya dalam Instagram

Bahkan, Tuanku Permaisuri turut berkata bahawa dia menonton drama lakonan Elizad sebelum ini dan bertanyakan sama ada dia masih berlakon atau tidak.

“Sempat juga Tuanku beritahu bahawa dia menonton drama lakonan saya sebelum ini dan bertanyakan jika saya sudah tidak berlakon lagi

“Allahuakhbar. Terima kasih Tuanku Permaisuri. Ampun Tuanku,” katanya.

Terdahulu, selain digelar mandul, Elizad juga dihina dengan kata-kata kesat dan tidak solat oleh individu tidak dikenali berikutan belum dikurniakan zuriat sejak enam tahun mendirikan rumah tangga.




Rentetan daripada itu, dia bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut disifatkan telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri.

Sebelum ini, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata pada September tahun lalu namun disahkan mengalami keguguran pada November.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. – K! ONLINE

Rasa Macam Bermimpi! Siti Elizad Terkejut Raja Permaisuri Call Beri Kata2 Semangat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 

Siti Elizad keguguran

Siti Elizad Takut Suami Bosan Belum Ada Rezeki Bagi Zuriat



Leave a Reply

Your email address will not be published.