Menteri terkejut Sanusi samakan manusia dengan binatang

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing menyatakan rasa terkejutnya berkaitan komen Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan cara pemakaian seseorang.

Sanusi berkata demikian susulan kritikan Sanusi terhadap pemakaian yang “semakin telanjang” yang diumpamakannya sebagai binatang.

“Saya cukup sedih, siapa pakai yang kurang sikit you kata serba macam binatang.



“Apa punya menteri besar,” kata Tiong dalam rakaman video di media sosialnya.

Sanusi, pemimpin kontroversi PAS yang terkenal dengan kelantangannya itu, dilapor berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco Kedah di Alor Setar hari ini.

Menurut video di media sosialnya, Sanusi antaranya berkata kemajuan sebenar apabila orang lebih dekat dengan agama.

“Semakin maju, semakin terlanjang. Tak betul. Itu menjadi binatang.



“Binatang memang tak pakai baju. Makin sikit baju, semakin menjadi kebinatangan.

“Jadi sepatutnya makin maju manusia ini, semakin menutuplah. Baru jadi mahal, kan?” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Tiong justeru berkata dia bingung dengan kenyataan-kenyataan Sanusi.

“Jika semalam beliau kata tidak akan mengenakan sekatan terhadap cara berpakaian orang bukan Islam, hari ini pula mengatakan bahawa pakaian yang lebih sederhana mewakili kemajuan – membuatkan saya bingung.



“Kenyataan beliau yang tidak konsisten ini amat memeningkan dan menyebabkan usaha mempromosi dan menyokong pelancongan di Langkawi menjadi semakin mencabar,” katanya.

Tiong juga berkata dia kini tidak berani menjalankan kempen untuk menggalakkan pelancong mengunjungi Langkawi.

“Esok jadi apa-apa isu, awak pun cuci tangan,” katanya.

Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini telah saling bertelagah dalam isu pemakaian pelancong dan dakwaan kemerosotan pelancongan di Langkawi.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker