EU jawab dakwaan isu vaksin di Eropah

EU jawab dakwaan isu vaksin di Eropah. Rakan industri Eropah menyatakan komitmen membekalkan 1.3 billion dos vak­sin kepada negara berpendapatan rendah tanpa mengaut keuntungan dengan harga lebih rendah sebelum akhir tahun ini.

Komitmen itu disampaikan dalam satu kenyataan akhbar Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia kepada Utusan Malaysia dengan mengemuka­kan fakta-fakta menjelaskan keadaan berbangkit ekoran timbul isu pengagihan vaksin Covid-19 sehingga menjadi perdebatan termasuk soal bekalan ke negara ini.

Di samping itu, EU komited membekalkan lebih 1.3 bilion dos menjelang tahun 2022 yang mana sebahagian besar akan dieksport melalui Covax.



Menurut kenyataan itu, tiada isu pengumpulan atau penimbunan vaksin di EU apatah lagi kewujudan kepelbagaian varian dan keberkesanan vaksin melawannya serta kapasiti pengeluaran menyebabkan EU dan negara lain termasuk Malaysia membuat pesanan lebih tinggi untuk rakyat masing-masing.

“Bagaimanapun, setiap dos tidak akan disia-siakan. Sebarang lebihan disumbangkan kepada negara kurang membangun atau berpendapatan rendah atau dijual kembali kepada rakan kongsi yang memintanya,” kata kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi pihak 15 Duta Besar negara EU di Malaysia antaranya Austria, Jerman, Itali dan Belanda.

Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ketidakadilan pengagihan bekalan vaksin Covid-19 menyebabkan negara Asia termasuk Malaysia ketinggalan berbanding negara yang bernaung di bawah EU.



Kata Khairy, negara EU berunding dengan pembekal vak­sin Covid-19 bagi membolehkan pembelian secara pu­kal manakala kilang vaksin semua­nya berada di negara Eropah.

Khairy memberikan maklum balas terhadap persoalan dibangkitkan Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd., Mohamad Azlan Jaafar dalam kolum Minda Pengarang mengenai kelewatan Malaysia mencapai kadar vaksinasi berbanding Hungary yang kini menjalani kehidupan normal.

Kenyataan itu menambah, EU selaku pengeksport vaksin terkemuka di dunia menghantar bekalan ke 130 negara termasuk Malaysia dan usaha akan diteruskan dengan lebih enam juta bekalan diluluskan untuk dieksport 22 Jun lalu.

Katanya, Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi telah berun­ding dan mendapatkan bekalannya sendiri termasuk melalui program Covax di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan semua kelulusan eksport vaksin ke negara ini telah dilakukan dengan cepat dan dihantar segera.



“Selain itu, separuh daripada jumlah pengeluaran vaksin dari EU dieksport dan lebih 400 juta dos telah dieksport kepada lebih 130 negara sejak awal tahun ini seiring dengan pelaksanaan vaksinasi berterusan di 27 negara anggota EU dengan memiliki 430 juta penduduk.

“Pengambilan penuh vaksinasi secara kumulatif dalam kalangan golongan dewasa di EU berada pada 34.9 peratus. Jumlah ini jauh lebih tinggi sekiranya EU tidak membenarkan pengeksportan vaksin yang mana ia turut mendapat pelbagai kritikan domestik mengenai fakta ini,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, EU telah melabur lebih daripada €2.7 bilion (RM13 bilion) untuk pembangunan vaksin dan akhirnya membawa kepada penghasilan vaksin yang selamat dan berkesan untuk diedarkan pada akhir 2020.

Jelasnya, kejayaan itu selari dengan pelaburan ke atas kapasiti pengeluaran dalam penghasilan berjuta dos vaksin.



Katanya, EU amat menghargai kerjasama Malaysia sebagai rakan dipercayai untuk memerangi Covid-19 dengan antaranya projek Kementerian Kesihatan dan WHO yang dibiayai oleh EU iaitu kesiapsiagaan pandemik dengan anggaran RM9 juta seperti diumumkan minggu lalu sekali gus merupakan salah satu solidariti EU. – UTUSAN

EU jawab dakwaan isu vaksin di Eropah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 



Berpuluh-puluh maut di Kanada akibat gelombang panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker