Habis RM1 juta, kerja doktor lima tahun tapi masih kontrak

Habis RM1 juta, kerja doktor lima tahun tapi masih kontrak. Doktor kontrak dalam kalangan anak Felda yang membabitkan kira-kira 3,000 orang daripada 23,000 doktor kontrak di negara ini kecewa dengan skim perjawatan mereka yang masih terumbang-ambing.

Rata-rata mereka menyatakan rungutan itu kepada Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM) kerana masih berjawatan kontrak walaupun telah berkhidmat selama tiga hingga lima tahun.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden AMBFM, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kos untuk anak Felda belajar ke luar negara bukan murah, sepanjang enam tahun pengajian kosnya antara RM500,000 hingga RM1 juta.



“Selain yang ditaja Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), terdapat juga yang ditanggung sepenuhnya oleh ahli keluarga yang mewujudkan tabungan keluarga, tapi apabila hendak berkhidmat dan menyumbang semula kepada keluarga mereka sedih kerana penjawatan masih tidak terjamin,” katanya di sini semalam.

Difahamkan, terdapat 23,077 Pegawai Perubatan UD41 dilantik secara kontrak bagi menjalani latihan klinikal dan khidmat wajib tetapi hanya 789 pegawai baru diserap sebagai kakitangan tetap.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, isu doktor kontrak bukan baharu dan jumlahnya akan terus bertambah jika tiada langkah drastik diambil oleh kerajaan.

“Seperti dilaporkan mereka akan mogok pada 26 Julai ini, maka ia perlu diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan.



“Kalau mereka mogok, dibimbangi sistem perkhidmatan kesihatan negara yang sedang nazak ketika ini akibat pandemik Covid-19 akan terus menjadi parah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Habis RM1 juta, kerja doktor lima tahun tapi masih kontrak

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




 

Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker