Tak perlu nak pujuk Janna Nick – Dini Schatzman
Tak perlu nak pujuk Janna Nick – Dini Schatzman
Pelakon Dini Schatzmann merungkaikan salah faham netizen berhubung gurauan kekasihnya, Janna Nick yang disangka naik hantu dek penampilannya seperti wanita, baru-baru ini.
Katanya, Janna sedia maklum mengenai video yang dikongsikan malah kemarahan yang ditunjukkan dalam Instagram hingga mengundang persoalan ramai itu sekadar usikan sesama mereka.
“Saya harap orang ramai tidak ambil serius berhubung video penjagaan wajah yang memaparkan saya berpakaian seperti wanita dalam hantaran berkenaan.
“Itu hanya hiburan untuk pengikut saya malah segala-gala yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukan menunjukkan personaliti saya yang sebenar.
“Janna pun tahu pasal hantaran yang saya buat. Dia tak marah pun masa memuat naik beberapa ‘post’ di Instagram Story kerana pada masa sama dia juga bergurau.
“Kami sama-sama tahu, jadi tidak timbul isu kami bergaduh atau saya perlu memujuknya. Kami okey saja,” jelas Dini kepada Kosmo! Online.
Terdahulu, aktor muda berdarah campuran Jerman itu menimbulkan kerisauan netizen apabila memperlihatkan dirinya memakai persalinan perempuan di akaun laman sosial peribadinya.
Situasi menjadi lebih hangat apabila teman wanitanya juga pelakon popular, Janna Nick meluahkan rasa rasa seolah-olah kurang senang dan naik marah dengan perbuatan Dini yang dianggap memalukan.
Biarpun video itu difahamkan untuk mempromosikan produk kecantikan, namun segelintir netizen juga berasa bimbang tentang tahap kesihatan mental mereka memandangkan pelbagai tekanan boleh tercetus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang pandemik Covid-19.
Lebih membimbangkan, Janna sendiri pernah membuat pengakuan mengalami gangguan bipolar dan masih menjalani rawatan susulan bagi meredakan tekanan emosi yang dihadapinya sejak remaja itu.
“Tiada apa yang perlu saya jelaskan lagi sebab kami sama-sama tahu dan pada masa sama kami tak ambil serius dengan media sosial atau mengaitkannya dengan kehidupan peribadi kami.
“Ada juga yang cakap penampilan sebagai wanita itu juga adalah gimik untuk produk kami berdua nanti.
“Buat pengetahuan semua, kami belum ada perancangan untuk lancar produk bersama pun buat masa ini,” katanya lagi.
Pelakon berusia 27 tahun itu mula mengenali Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, ketika sama-sama membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius sebagai pasangan kekasih sejak tahun 2019. K Online
Tak perlu nak pujuk Janna Nick – Dini Schatzman
Baca Artikel Menarik :
- Ku Li ajak rakyat tandatangan petisyen desak Parlimen diadakan segera
- Anak beranak tanam pokok ganja dalam banglow
- Resepi asam pedas ikan pari
- Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan
- TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan
- Keprihatinan DYMM Sultan Johor Terus Membantu Mangsa Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU
Tolong tag ketua, pemimpin negara – Aeril Zafrel