Lif terhempas dari tingkat, 3 wanita cedera

 

Lif terhempas dari tingkat, 3 wanita cedera di bahagian kaki manakala dua lagi lelaki selamat selepas lif yang dinaiki mereka terjatuh dari tingkat dua Wisma Elken, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Difahamkan, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.22 petang dan anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dan Jalan Hang Tuah dikerah ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Armdan Mahat berkata, lima mangsa yang terperangkap di dalam lif berusia lingkungan 28 hingga 61 tahun.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 4.30 petang dan mangsa yang cedera dihantar ke Taman Desa Medical Centre untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, punca kejadian masih lagi dalam siasatan. -SM

Lif terhempas dari tingkat, 3 wanita cedera


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fave Lancar ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker