Fave Lancar ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL)

Fave Lancar ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL)

FAVE syarikat teknologi kewangan (fintech) yang berkembang pesat di Asia Tenggara, telah melancarkan perkhidmatan “Beli Sekarang Bayar Kemudian” (BNPL) di Singapura dan Malaysia. Perkhidmatan ini menawarkan akses segera kepada kredit bebas faedah yang boleh digunakan di lebih 40,000 kedai untuk lebih 6 juta pengguna Fave sebagai fasa rintis. Bermula hari ini, perkhidmatan ini akan tersedia di aplikasi Fave untuk pengguna iOS, diikuti dengan Android pada Julai 2021.

Menerusi pelancaran FavePay Later yang menawarkan pembayaran fleksibel tanpa faedah di aplikasi Fave, Fave mengolah semula cara generasi pengguna baru mendapat dan menggunakan kredit. Pengguna Fave yang layak boleh membahagikan pembelian kepada tiga bayaran ansuran yang sama tanpa faedah. Bayaran balik akan dibuat secara automatik setiap bulan, tanpa sebarang bayaran tambahan untuk pembayaran yang menepati waktu. Tambahan pula, pelanggan akan menikmati pulangan tunai sehingga 10% dengan setiap pembelian. FavePay Later kini tersedia di semua peniaga Fave di Singapura dan Malaysia, termasuk jenama-jenama premium dalam vertikal runcit popular seperti Pandora, Marks & Spencer, Best Denki, Puma, GNC dan sebagainya.

FavePay Later dilancarkan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan sekatan sosial yang berlanjutan, dengan ramai pengguna giat mencari akses kredit yang lebih mudah akibat kesuntukan wang, serta peniaga yang meneroka cara inovatif untuk memulihkan jualan. FavePay Later merupakan satu penyelesaian mudah untuk peniaga kerana tidak membabitkan integrasi atau platform tambahan. Jadi, peniaga akan dapat menikmati keuntungan daripada peningkatan pelanggan baharu, pendapatan, dan kesetiaan pelanggan tanpa mengambil risiko tambahan, manakala pengguna dapat membuat pembelian dan membahagikan pembayaran kepada tiga ansuran tanpa faedah, bak kata pepatah ‘sambil menyelam minum air’.

“Sebagai antara aplikasi pembayaran yang terkemuka di rantau, kami percaya kami perlu mencari pendekatan di luar kotak dan menginovasi untuk menaik taraf pengalaman pengguna. Pelanggan kami mengutamakan fleksibiliti, kesenangan dan ganjaran. Jadi, FavePay Later dibina berasaskan keperluan ini, selain memanfaatkan keyakinan pengguna terhadap jenama Fave. Kami teruja dapat terus menyediakan teknologi bagi membantu mempertingkatkan pengalaman beli-belah pengguna, khususnya menjelang pembukaan semula aktiviti beli-belah selepas wabak COVID-19,” demikian kata Joel Neoh, Ketua Pegawai Eksekutif Fave.

“Kerjasama antara peniaga dengan rakan kerjasama yang menyediakan penyelesaian bersepadu adalah semakin penting, contohnya Fave yang menawarkan pembayaran tanpa tunai, program kesetiaan dan terbaharu pula, pembayaran ansuran yang mengurus semua pemprosesan dan risiko bagi peniaga. Di samping itu, peniaga dapat memperoleh akses ke data tabiat pengguna dan maklumat bernilai menerusi Favebiz.com,” tambah Neoh.

BNPL dijangka akan berkembang pesat di Asia Tenggara. Kajian baharu oleh Juniper Research mendapati, pada tahun 2026, perkhidmatan BNPL akan menyumbang kepada lebih 24% transaksi nilai e-dagang antarabangsa untuk barangan fizikal, daripada hanya 9% pada tahun 2021. Kajian berkenaan turut mendapati, jumlah global pengguna BNPL global akan melebihi 1.5 bilion transaksi menjelang tahun 2026, daripada 340 juta pada tahun 2021. Menurut unjuran Coherent Market Insights, pasaran dijangka akan bertumbuh daripada US$7.3 bilion pada tahun 2019 kepada US$33.6 bilion pada tahun 2027 pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 21.2%, dengan Asia Pasifik mencapai pertumbuhan terbesar.

Baru-baru ini, Fave telah membuka integrasi API-nya kepada platform e-dagang dalam talian bagi menyokong pembayaran FavePay dengan ciri BNPL serta bayaran balik kesetiaan. Seiring kerjasama dengan beberapa syarikat teknologi terkemuka pada tahun 2021, Fave akan memperluas tawaran BNPL-nya kepada beberapa syarikat gergasi perdagangan dalam talian di Asia Tenggara menjelang separuh akhir tahun 2021.

Pada April 2021, Fave telah diambil alih oleh platform perdagangan saudagar terkemuka di India, Pine Labs untuk sama-sama memacu perkembangan perniagaan di persada global. SM

Fave Lancar ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tolong tag ketua, pemimpin negara – Aeril Zafrel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker