Shahrulezad Kesal Pelakon Wanita Sanggup Buka Aib

SHAHRULEZAD KESAL PELAKON WANITA SANGGUP BUKA AIB

SHAHRULEZAD KESAL PELAKON WANITA SANGGUP BUKA AIB. “TUTUP PERIUK NASI SENDIRI” 

“Dia nak bercerita mengenai pengalamannya di TikTok tak jadi masalah. Namun, sejak kebelakangan ini saya tengok dia makin galak pula menceritakan perkara tidak elok berlaku di lokasi semata-mata untuk meraih ‘like’. Sebagai penerbit dan pengarah, saya takut artis seperti awak ada di set penggambaran kami yang tak sempurna. Nanti, esok lusa awak akan menjaja kekurangan atau aib kami kepada semua.

“Kalau kemaruk nak buat kandungan sekali pun, carilah benda yang mendatangkan faedah kepada semua. Bukannya dengan cara mendedahkan aib yang kalau boleh kita semua nak tutup. Semua keluarga ada aib masing-masing. Apa perasaan anda kalau ada salah seorang ahli keluarga anda sejenis suka mendedahkan aib keluarga kepada orang? Mesti anda tak suka, kan?” kata pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin.



Shahrulezad meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pelakon wanita yang suka membuka pekung dan aib mengenai apa yang berlaku di lokasi penggambaran menerusi platform media sosial, TikTok. Shahrulezad berkata, dia sendiri tidak faham apakah motif pelakon itu berbuat demikian.

Menurut Shahrulezad, dia tidak faham apa motif pelakon bercerita perkara tidak baik mengenai rakan pelakon dan pengarah kepada umum. Katanya, tindakan pelakon itu membuat ramai rakan penggiat seni akan menjauhkan diri kerana mulutnya yang terlalu lancang.

Enggan mendedahkan identiti aktres

Enggan mendedahkan identiti aktres itu, Shahrulezad atau mesra disapa sebagai Budak Ijat berkata tindakan individu tersebut seperti membuka aib keluarga sendiri. Ujarnya lagi, tindakan pelakon itu turut membuatkan industri hiburan yang sering dipandang serong akan menambah lebih banyak persepsi buruk daripada masyarakat.

Shahrulezad juga menggambarkan pasukan produksi dan penggiat seni dalam industri hiburan umpama sebuah keluarga besar dan saling menjaga aib masing-masing. Bagaimanapun, Shahrulezad enggan mendedahkan nama pelakon wanita itu.



SHAHRULEZAD KESAL PELAKON WANITA SANGGUP BUKA AIB

Terdahulu, pengarah drama Nur itu menerima banyak kiriman video mengenai celoteh lantang pelakon itu di TikTok yang menggambarkan seolah-olah banyak perkara tidak kena di matanya.

“Tujuan saya muat naik perkongsian itu bukan nak marah dia tapi sebagai teguran. Saya tak nak sebut nama dia sebab kalau saya dedah, saya dengan dia sama saja. Dalam keadaan sekarang ini, ramai orang tertekan… sehingga ada yang maki pemimpin, ulama dan golongan industri juga menjadi kebencian orang. Apa yang dia buat itu seperti dedah aib keluarga sendiri.

Cerita buruk rakan seindustri

“Saya rasa sedih dan kecewa apabila artis sendiri yang menjaja cerita buruk rakan seindustri. Dia menunjukkan betapa kotornya industri dan memburukkan lagi dunia seni,” jelas Shahrulezad ketika dihubungi media.



Mengakui dunia hiburan drama atau filem tidak sempurna, Shahrulezad berharap aktres sebut berhenti berkongsi perkara seperti itu di laman sosial. Dalam pada itu, Shahrulezad turut mempersoalkan tindakan pelakon wanita itu yang dianggap seperti menutup periuk nasi sendiri.

Malah Shahrulezad yang juga seorang penerbit mengakui dia enggan bekerjasama dengan pelakon tersebut kerana bimbang akan menjadi mangsa bahan umpatan.

“Apa motif dia kongsikan perkara itu kepada umum? Dia nak jadi content creator ke pelakon? Dia tak sedar ke apa yang dia buat itu sebenarnya menutup periuk nasinya sendiri. Bila macam ini, sudah tentu orang takut nak dekat dan takut nak ambil dia kerja.

“Saya tak pernah bekerjasama dengan dia tapi bila macam ini, memang tidak la saya nak bekerja dengan dia. Rasa-rasanya, mesti pelakon lain pun takut nak kawan atau kerjasama dengan dia. Takut depan-depan nampak baik, belakang kutuk dan sebarkan aib kepada umum,” ujarnya.



SHAHRULEZAD KESAL PELAKON WANITA SANGGUP BUKA AIB. “TUTUP PERIUK NASI SENDIRI” 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tidak Mahu Buka Aib, Hannah Delisha Bahagia Bersama Suami Kini



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker