Pertukaran nama bapa pada dokumen pengenalan diri dibenarkan

 

Pertukaran nama bapa pada dokumen pengenalan diri dibenarkan. Pembetulan maklumat dalam dokumen kelahiran sama ada dalam sijil atau kad pengenalan boleh dimohon sekiranya terdapat maklumat tidak tepat atau meragukan.

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pemohon yang ingin melakukan pembetulan sama ada nama atau tarikh dan tempat kelahiran perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan berlaku kesilapan fakta dalam pendaftaran sebelum ini untuk dipertimbangkan oleh jabatan itu.

Bagaimanapun, menurut JPN sebarang perubahan maklumat dalam dokumen pengenalan dikhuatiri akan memberi kesan kepada pemohon antaranya dalam urusan perbankan, pendidikan dan kesihatan.

“JPN hanya mengendalikan isu yang di bawah bidang kuasa JPN sahaja seperti sijil lahir dan kad pengenalan.

“Namun, sekiranya pihak berkaitan memerlukan pengesahan berkenaan maklumat dokumen pengenalan diri subjek, JPN sedia memberikan kerjasama,” kata jabatan itu dalam kenyataan kepada Bernama.

JPN mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas laporan Bernama pada Ahad lepas tentang tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Kejadian itu disedari selepas ketiga-tiga mangsa, Adryani Iwani, 20, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas.

Berikutan itu, Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad dipetik berkata kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung.

Ia bagi memastikan supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka.

Menurut JPN, jabatan itu sebelum ini banyak menerima permohonan untuk pembetulan melibatkan pelbagai maklumat pada dokumen pengenalan diri termasuklah penukaran bin atau binti (nasab) namun tiada statistik khusus berkenaan hal tersebut.

Pertukaran nama bapa pada dokumen pengenalan diri dibenarkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker