Penganjur minta maaf tawar hadiah alkohol jika baca surah Ad-Dhuha

Penganjur minta maaf tawar hadiah alkohol jika baca surah Ad-Dhuha
PENUNJUK perasaan mengadakan protes di luar pejabat syarikat Kumpulan OT di Rawa Buaya, Jakarta Barat semalam. – KOMPAS

JAKARTA – Pengeluar barangan pengguna, Kumpulan Orang Tua (Kumpulan OT) memohon maaf susulan promosi di sebuah acara muzik di Jakarta yang menawarkan hadiah berupa minuman beralkohol kepada peserta yang membaca surah dalam kitab suci al-Quran, lapor laman berita Jakarta Globe.

Pengarah Operasi Kumpukan OT, Handoko menyampaikan permohonan maaf di hadapan beratus-ratus penunjuk perasaan dari Forum Betawi Rempug (FBR), sebuah organisasi tempatan yang berkumpul di luar pejabat syarikat itu di Rawa Buaya, Jakarta Barat semalam.

“Saya memohon maaf dengan ikhlas, terutamanya kepada umat Islam atas penistaan agama,” kata Handoko kepada kumpulan penunjuk perasaan.

Katanya, kes tersebut sedang dikendalikan oleh pihak berkuasa dan menggesa semua pihak menunggu hasil proses undang-undang.

Protes itu tercetus akibat promosi Newport, jenama minuman beralkohol di bawah Kumpulan OT, semasa acara muzik The Sounds Project di Jakarta Utara yang kemudian tular di media sosial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sollehin Hulur Bantuan, Ringankan Beban Keluarga Mangsa Kebakaran

Menurut kumpulan itu, seorang pengacara di gerai tersebut mencabar pengunjung membaca surah Ad-Dhuha untuk menerima sebotol minuman Newport secara percuma.

Penyelaras FBR Jakarta Barat dikenali sebagai Mujamil menyifatkan promosi tersebut melampaui batas dengan melibatkan keagamaan dalam pemasaran produk beralkohol.

“Ini berkaitan akidah, jadi saya perlu terlibat,” kata Mujamil semasa protes tersebut.

Beliau menggesa Kumpulan OT agar tidak mengulangi insiden serupa, sambil menyatakan, promosi tersebut telah menyinggung perasaan orang Islam.

Susulan kejadian itu, dua inividu dikenali sebagai R dan E kini ditahan di pusat tahanan Polis Metropolitan Jakarta selepas menjalani soal siasat selama hampir 20 jam, baru-baru ini. – AGENSI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Istilah ‘Sakau’ Berbalik Kepada Diri Sendiri – Saiful Yazan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker