Kaunter perkhidmatan fizikal kerajaan dibuka 1 Julai

Kaunter perkhidmatan fizikal kerajaan dibuka 1 Julai

Kerajaan memutuskan untuk membuka kaunter perkhidmatan secara fizikal bermula 1 Julai ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pembukaan kaunter perkhidmatan secara fizikal itu hanya membabitkan perkhidmatan tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian.

Katanya, ia juga akan membabitkan kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50 peratus dan kehadiran secara fizikal hanya melalui temu janji berjadual.

“Selepas meneliti keperluan pembukaan kaunter perkhidmatan kerajaan yang mendesak berdasarkan maklum balas awam, maka kerajaan memutuskan pembukaan kaunter perkhidmatan kerajaan di seluruh negara akan beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai ini.

“Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua SOP COVID-19 dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi setiap masa.

“Ini bagi mengimbangi penyampaian perkhidmatan optimum kepada pelanggan dan pencegahan penularan wabak COVID-19 di tempat bertugas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zuki berkata, ketika ini pengoperasian perkhidmatan kaunter kerajaan tidak beroperasi secara fizikal dalam tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara kecuali kaunter perkhidmatan kesihatan, balai polis dan di pintu masuk antarabangsa yang membabitkan urusan kastam, imigresen serta kuarantin sejak 1 Jun lalu. BH

Kaunter perkhidmatan fizikal kerajaan dibuka 1 Julai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tolong tag ketua, pemimpin negara – Aeril Zafrel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker