6437 kes Covid-19 , kembali meningkat



6437 kes Covid-19 , kembali meningkat

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,437 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 745,703 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,299 kes.

Sehingga tengah malam tadi, seramai 5.463 juta individu telah pun menerima dos pertama suntikan vaksin COVID-19.

Kadar tersebut meliputi 16.7 peratus daripada populasi negara.




Secara keseluruhan, pemberian vaksin seluruh negara telah pun mencecah 7.593 juta sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan akhir Februari lalu.

Daripada jumlah kumulatif 7.593 juta itu, seramai 2.130 juta atau 6.5 peratus telah pun melengkapkan dua dos vaksin.

Perkembangan itu sejajar dengan hasrat kerajaan bagi mencapai salah satu indikator nilai ambang peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu pada tahap 10 peratus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pemberian vaksin harian meningkat sedikit kepada 197,274 dos semalam berbanding turun mendadak mencecah 168,956 kelmarin.

Sebagai rekod, pemberian vaksin tertinggi adalah sebanyak 268,604 dos yang diberikan pada Khamis minggu lalu.




Baca artikel berkaitan: Hampir 7.4 juta dos vaksin COVID-19 diberi setakat semalam – Dr Adham Baba

Kata beliau, sebanyak 154,279 dos merupakan suntikan dos pertama manakala 43,995 lagi bagi dos kedua.

Berita lanjut menyusul

6437 kes Covid-19 , kembali meningkat


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU


Tolong tag ketua, pemimpin negara – Aeril Zafrel



Leave a Reply

Your email address will not be published.