Gabungan konsep bercanggah
Gabungan konsep bercanggah
JENAMA fesyen terkenal Jepun, Onitsuka Tiger sekali lagi memperkenalkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan dan warisan bersama daya inovasi.
Terbaharu, jenama itu tampil dengan koleksi menarik sempena musim luruh/ sejuk tidak lama lagi yang dicetuskan oleh inspirasi alam semula.
Ia diinspirasikan dari suasana menarik banjaran Himalaya ketika musim sejuk selain populariti aktiviti pendakian dan trekking sekitar tahun 1970-an.
Kali ini, Andrea berkolaborasi dengan pereka dan pengarah artistik jenama grafik tekstil ‘nowartt,’ Toyoki Adachi untuk menggabungkan rekaan grafik kepada setiap helaian koleksi terbabit.
Grafik tekstil itu dihasilkan menerusi kombinasi dua konsep yang saling bercanggah iaitu ‘vintaj x seni’ dan ‘analog (lukisan tangan) x digital.’
Kreativiti itu terserlah pada pada helaian seluar trek klasik, jaket tebal serta beg galas.
Selain itu, koleksi terbabit juga mencerminkan teknologi gaya hidup yang memberi tumpuan kepada aspek fungsi dan asal usul jenama itu.
Lebih menarik, perincian reka bentuk estetik jenama itu yang penuh dengan hasil mutu ketukangan dan ketelitian turut diserlahkan pada koleksi berkenaan.
Material utama dalam koleksi itu adalah ‘fleece’ atau bulu biri-biri, yang sesuai untuk mengekalkan rasa hangat dan mencegah selesema ketika melakukan aktiviti pendakian pada musim sejuk.
Manakala siri nilon pula menawarkan koleksi gabungan warna neon mempesona bersama jahitan sulaman yang halus dan unik.
Koleksi yang tidak ketinggalan itu turut mengetengahkan penggayaan kreatif yang mengguna pakai helaian rekaan minimalis.
Kot tebal atau puffer dan jaket berjalur dan gaun pula menghasilkan gaya tersendiri.
Jenama itu turut melancarkan pelbagai reka bentuk unik bagi musim ini, termasuk kasut but dengan cengkaman kuat untuk mendaki yang mewakili mentaliti Metropolitan dan masyarakat moden.
Berdasarkan kasut ‘trekking’ (pendakian) yang diperkenalkan pada tahun 1966, koleksi HMR PEAK TRAINER dikemas kini dari segi rekaan dan fungsinya untuk gaya hidup moden.
Sementara koleksi MOAGE CO dan MOAGE MO pula menggabungkan sentuhan moden penuh bergaya pada rekaan klasik.
Koleksi BIG LOGO TRAINER PUFFED menonjolkan jaluran ikonik Onitsuka Tiger yang melangkaui hingga ke tapak luar kasut.
Gabungan konsep bercanggah
Baca Artikel Menarik :
- Ku Li ajak rakyat tandatangan petisyen desak Parlimen diadakan segera
- Anak beranak tanam pokok ganja dalam banglow
- Resepi asam pedas ikan pari
- Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan
- TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan
- Keprihatinan DYMM Sultan Johor Terus Membantu Mangsa Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.