Bukan nak tengok anak bulan, bidas Rafidah
Bukan nak tengok anak bulan, bidas Rafidah
Ini bukan cerita ‘tengok anak bulan’ atau PM ‘belum bersedia’, buka Parlimen
Tarikh pembukaan Parlimen perlu dilakukan secepat mungkin, bukan berdasarkan kesediaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atau mana-mana ahli politik yang boleh melengahkan lagi persidangan, kata bekas menteri Rafidah Aziz.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, rakyat sudah tidak mahu mendengar alasan dan jangkaan lagi.
“Ia bukan bermakna tarikh yang Perdana Menteri, atau mana-mana ahli politik menganggapnya sesuai, sudah bersedia, atau apa juga alasan untuk melengahkan persidangan Parlimen.
“Rakyat tidak ingin mendengar alasan-alasan dan jangkaan lagi,” katanya.
Rafidah berkata, pihak yang bertanggungjawab dalam undang-undang dan peraturan berkaitan Parlimen perlu dapat menentukan tarikh awal untuk Parlimen bersidang.
Katanya, pihak yang berwibawa dan memahami undang-undang dan peraturan berkaitan persidangan Parlimen pasti dapat menghitung dengan tepat tarikh yang seawal-awalnya untuk Parlimen bersidang.
“Ini bukan cerita ‘menengok anak bulan’, atau Perdana Menteri ‘belum bersedia’. Peraturan-peraturan tidak boleh diketepikan,” katanya.
Beliau berkata, ruang Parlimen untuk perbahasan dilengkapi dengan sekatan plastik dan Ahli Parlimen diwajibkan memakai pelitup muka serta mengikuti semua SOP.
Katanya, terdapat pelbagai isu perlu ditangani, termasuk berbilion-bilion ringgit yang dibelanjakan dan kesannya, serta cadangan untuk meningkatkan siling hutang dan pelan pemulihan negara.
Menurutnya, rakyat masih menghadapi kesulitan kerana tindakan kerajaan dan pakej rangsangan tidak membawa hasil yang diinginkan.
“Kerajaan belum memberikan apa-apa pencerahan tentang cara dan hala keluar untuk memulihkan negara selepas pandemik. Jangan berlengah lagi. Mulakan proses bagi membolehkan Parlimen bersidang secepat mungkin, dengan segera.
“Jangan ditunggu sehingga negara dan rakyat sampai ke tahap nyawa-nyawa ikan, baru hendak melakukan apa yang sewajarnya,” katanya.
Terdahulu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mengulangi pendiriannya Parlimen perlu bersidang secepat mungkin.
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menambah persidangan perlu diadakan mengikut garis panduan dan SOP Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan dan Parlimen. FMT
Bukan nak tengok anak bulan, bidas Rafidah
Baca Artikel Menarik :
- KDNK Nasional, sumbangan Selangor merosot teruk
- Rashid kata panggil Parlimen bersidang mesti lalui nasihat PM
- Ebit Lew sewa rumah untuk penduduk Gaza
- Wanita potong zakar suami mahu kahwin tiga
- ‘Cincin dah jadi hak mutlak, tak salah pun Nourul jual’- Akhil Hayy
- Resepi Kek Cheese Leleh Durian
Layari Laman Facebook MYKMU