Black Democracy: Tiada amaran, terus tangkap – Ayob Khan

Black Democracy: Tiada amaran, terus tangkap – Ayob Khan

Polis Johor memberi amaran akan terus menahan individu atau kumpulan yang berkumpul di mana-mana lokasi di negeri ini yang dijadualkan tengah hari esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata tiada lagi amaran bersurai diberikan, sebaliknya tindakan tangkapan akan terus dilakukan esok.



Katanya, Polis Johor juga sudah menggerakkan semua elemen keselamatan termasuk kawalan bersesuaian.

“Siapa berkumpul tengah hari esok, kita akan terus tangkap. Zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nak berkumpul buat apa, baik duduk rumah.

“Polis Johor sudah ambil langkah awal memantau. Kalau ada mana-mana individu atau kumpulan yang berkumpul kita akan terus ambil tindakan. Tiada lagi nak beri amaran, kumpul sahaja, kita akan terus tangkap,” katanya ketika dihubungi.

Ayob Khan mengulas video berdurasi dua minit 40 saat yang tular di media sosial sejak semalam.



Menerusi video itu, seorang individu memakai topeng muka mengajak orang ramai berhimpun bagi membantah pelaksanaan PKP menerusi ‘operasi’ dikenali sebagai Black Democracy.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta perhimpunan susulan tular satu rakaman video mengajak orang ramai berhimpun pada jam 12 tengah hari di beberapa lokasi, esok.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, dilaporkan berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). BH


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tolong tag ketua, pemimpin negara – Aeril Zafrel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker