Kadar faedah moratorium bergantung kepada bank – Zafrul

Kadar faedah moratorium bergantung kepada bank – Zafrul

Moratorium: Kadar faedah bergantung kepada bank – Tengku Zafrul

Moratorium automatik yang diumumkan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) semalam, akan melalui proses dan kaedah sama seperti mana sebelumnya.



Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata penawaran moratorium automatik terbaharu yang ditawarkan kepada rakyat dan perniagaan juga bukan sifar kadar faedah sepanjang tempoh penangguhan.

Katanya, kadar faedah bergantung kepada bank masing-masing bergantung kepada jenis produk pinjaman pelanggan.

“Fokus penting kita adalah menawarkan moratorium kepada semua bagi membantu aliran tunai mereka yang terjejas.

“Kaedah adalah sama dengan moratorium automatik sebelum ini. Bukan sifar kadar faedah. Perlu difahami adalah moratorium ialah bantuan penangguhan bayaran balik yang mana bank bersetuju bantu mereka terkesan secara automatik,” katanya pada sidang mengenai PEMULIH secara maya, hari ini.



Sebelum ini Najib Razak berkata peminjam biasa masih perlu memohon tetapi dijanji akan diberi secara automatik manakala peminjam dari kategori perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) masih perlu semakan dan kelulusan bank unuk memberi moratorium.

Namun, perjanjian pindaan syarat-syarat baharu masih perlu ditanda tangan dan ini mengambarkan bahawa tempoh bayaran peminjam bakal dilanjutkan bertahun-tahun lagi walaupun tempoh moratorium cuma sehingga 6 bulan sebab bank tidak mengecualikan sebarang caj faedah.

Ini adalah antara aduan yang diterima sejak tahun lepas oleh peminjam yang rasa tertipu dengan bank yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Moratorium kali ini juga tidak sama dengan tahun lepas di mana faedah serta penalti bagi pinjaman sewa beli (tapi bukan untuk pinjaman lain) telah dikecualikan.



Kadar faedah moratorium bergantung kepada bank – Zafrul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tolong tag ketua, pemimpin negara – Aeril Zafrel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker