Rupanya Allah nak bagi pelangi – Siti Elizad


Rupanya Allah nak bagi pelangi – Siti Elizad

Setelah melalui episod duka dikecam dan sewenang-wenangnya digelar mandul, pelakon dan pengacara Siti Elizad kini kembali bangkit menjalani kehidupan seperti sediakala.

Menerusi entri terbaharu yang dimuat naik dalam Instagramnya, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Sharifuddin berkongsi beberapa keping foto terbarunya dengan kapsyen berbaur positif.

“New week (mingggu baharu), new ‘vibes’ dan new goals (matlamat baharu). Thank you all for your support and prayers (terima kasih untuk semua doa dan sokongan anda).



“Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupanya Allah nak bagi pelangi,” tulisnya.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Teman Lelaki Upahan itu bagaimanapun tidak memperincikan apakah yang cuba dimaksudkan ‘pelangi’ dalam perkongsiannya.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut mendoakan kebahagiaan penyampai radio Sinar FM itu dan memintanya untuk terus kuat mengharungi kehidupan mendatang.

“Untuk jadi manusia lebih baik, kita perlu lalui macam-macam pengalaman, Moga dengan itu, kita lebih dekat dengannya, Insya-Allah,” tulis netizen.



Terdahulu, selain digelar mandul, Elizad juga dihina dengan kata-kata kesat dan tidak solat oleh individu tidak dikenali berikutan belum dikurniakan zuriat sejak enam tahun mendirikan rumah tangga.

Rentetan daripada itu, dia bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut disifatkan telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri.

Sebelum ini, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata pada September tahun lalu namun disahkan mengalami keguguran pada November.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. K Online



Rupanya Allah nak bagi pelangi – Siti Elizad


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nourul nak lelong cincin nikah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker