Durian Duri Hitam Murah Di Singapore

Durian Duri Hitam Murah Di Singapore

‘3 Biji Hanya RM150’- Netizen Terkejut Durian Duri Hitam Dijual Murah Di Singapura

Memiliki tekstur yang lebih halus dan tidak memiliki serat serta lebih berlemak, tidak hairanlah durian ‘black thorn’ dijual dengan harga mahal. Setiap kali musim durian tiba, harga durian sentiasa mencanak naik disebabkan permintaan tinggi.

Terbaharu, tular di media sosial perkongsian seorang pengguna Facebook Abdul Ifwad yang berkongsi harga durian ‘black thorn’ di Singapura. Menerusi perkongsiannya, harga sebiji durian adalah $20 (~RM61.92) manakala 3 biji durian hanya berharga $50 (~RM154.79).

Lantaran itu, dirinya turut tertanya-tanya kenapa harga durian di Malaysia mahal sedangkan Singapura import buah durian dan bukannya pengeluar seperti Malaysia.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan harga durian yang jauh lebih murah berbanding dijual di Malaysia. Malah, para netizen turut mengatakan harga buah durian bergantung pada permintaan pembeli.


Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan harga durian yang murah di Singapura disebabkan kurangnya permintaan pembeli dan juga gred durian tersebut bukan ‘premium’.

Disebabkan pelaksanaan ‘total lockdown’ di negara kita, terdapat laporan mengatakan para peniaga durian mengalami kerugian kerana banyak durian tidak terjual tetapi masih dijual dengan harga yang mahal. Vc

Durian Duri Hitam Murah Di Singapore


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Covid dibimbangi, perut rakyat berbunyi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker