Bolehkah makan durian selepas ambil vaksin COVID-19?

Bolehkah makan durian selepas ambil vaksin COVID-19? Saya terima beberapa soalan bolehkah makan durian selepas ambil vaksin? Durian sebagai raja buah sudah sinonim di negara kita dan vaksin bukanlah perkara baru juga.

Ya kenapa timbul isu ini?

1) Durian ada dikaitkan dengan badan menjadi panas. Adakah orang makan durian mendapat ‘demam’? Sekiranya ‘ya’ berapa juta penduduk di Malaysia yang sering makan durian dikaitkan dengan demam?



2) Pemanasan badan dikaitkan dengan durian disebabkan oleh bahan kimia semulaj adi dari kumpulan ester dan sulfur seperti thioester, thioacetal, thiolanes dan juga alkohol. Bahan-bahan kimia bersulfur dan ester ini senang meruap. Inilah sebabnya kita mudah rasa sendawa dan bau durian yang agak kuat dihasilkan.

3) Bahan kimia dalam durian menyebabkan ‘panas’ ini sangat bergantung kepada sistem penghadaman individu, apabila dimakan dalam kuantiti yang agak banyak. Bahan kimia bersulfur meruap dalam durian ini mungkin boleh mengaktifkan protein (TRPA1) pada sistem penghadaman tertentu yang bertanggungjawab menyebabkan sensasi ‘panas’ (burning sensation). Mekanisma ini membuatkan kita berasa panas.

Jadi apa kaitan dengan larangan kepada penerima vaksin?

1) Tiada larangan khusus kepada mereka yang menerima vaksin tidak boleh memakan durian. Tetapi sebahagian penerima vaksin terutama dalam tempoh 12-48 jam terdedah kepada kesan sampingan vaksin iaitu demam (systemic side effect).



2) Jika memakan durian, ada kemungkinan besar menyebabkan badan menjadi ‘panas’ (Durian tidak menyebabkan systemic fever), dan pada waktu yang sama baru mengambil vaksin, akan berlaku ‘co-founding’ sama ada berlaku demam akibat vaksin atau ‘panas’ akibat durian. Dan kedua-dua ‘local effect’ dan ‘systemic effect’ terjadi pada waktu yang sama menyebabkan badan lebih mudah menjadi panas.

Pandangan Peribadi:

1) Elakkan sementara waktu mengambil durian sekiranya baru menerima vaksin dalam tempoh 12-48 jam. Perlu ditekankan tidak semua penerima vaksin COVID-19 akan mengalami demam.

2) Mengambil durian pada kadar yang sedikit dan sederhana lebih baik untuk kesihatan semua pihak.



Prof Dr Azizi Ayob
Presiden Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)

Bolehkah makan durian selepas ambil vaksin COVID-19?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rompak syarikat penghantaran, 3 anggota polis ditahan



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker