Iman Troye Kena Fitnah Langgar SOP Pergi Starbucks.

Iman Troye Kena Fitnah Langgar SOP Pergi Starbucks.
Iman Troye Kena Fitnah Langgar SOP Pergi Starbucks.

Ibu penyanyi Iman Troye bengang anaknya menjadi mangsa buli siber dan fitnah.

Iman menerusi Instastory berkongsi tangkap layar hantaran ibunya di Instagram mengenai ciapan seorang pengguna yang memfitnah penyanyi itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.

Kata individu berkenaan di Twitter, Iman merentas daerah semata-mata untuk membeli minuman dan aiskrim yogurt di Starbucks dan llaollao.

Dakwanya, Iman tinggal di Puncal Alam dan keluar dari daerah sehingga ke Setia Alam.

Ibu Iman tampil menjelaskan bahawa Iman sebenarnya tinggal di Bandar Tasik Puteri, Rawang di mana ada pusat membeli-belah Aeon Mall iaitu dalam radius 10 kilometer dari rumahnya.

“Di situ semua ada. Pasaraya, McDonald’s dan juga Starbucks. Anak bongsu itu kalau nak makan, akan ke sana untuk beli, bungkus dan balik rumah.

“Setakat ini, dia belum pernah keluar daerah melainkan sekali sahaja iaitu ke Balai Polis Dang Wangi di ibu kota untuk mengambil saman.

“Tolonglah, cukuplah fitnah dia hadap selama ini. Jangan ingat kami tak baca semua fitnah itu. Tapi selama ni tak berbaloi untuk layan.

“Jangan ingat sebab nama dia orang kenal. Boleh buat fitnah sesuka hati. Dia masih ada keluarga,” tulisnya.

“Saya bangga dengan dia kerana berani meminta maaf dan menjelaskan situasi sebenar,” katanya.

Iman Troye Kena Fitnah Langgar SOP Pergi Starbucks.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azhan Rani Lega Akaun Ada Lebih Setengah Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker