Pelayan wanita dipeluk pelanggan ditahan
Pelayan wanita dipeluk pelanggan ditahan
KUALA TERENGGANU: Pelayan wanita sebuah kedai makan di Setiu dekat sini, ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), semalam selepas tular video dipeluk oleh dua pelanggan pada awal minggu ini.
Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, wanita tersebut ditahan dalam operasi bersepadu bersama Majlis Daerah Setiu (MDS) di premisnya di Kampung Saujana di sini.
Menurutnya, wanita yang berusia 32 tahun itu dibebaskan semalam dengan bon jaminan selepas keterangannya berhubung insiden itu selesai diambil.
Katanya, JHEAT juga akan memanggil berapa saksi lagi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
“Siasatan akan dilakukan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001,” katanya di sini, hari ini.
M. Rozi berkata, kertas siasatan tersebut selepas ini akan dirujuk kepada Bahagian Pendakwaan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu untuk tindakan seterusnya.
Tambahnya, wanita tersebut juga telah beberapa kali dipanggil JHEAT berhubung dakwaan pelakuan kurang sopan sewaktu melayan pelanggan di restorannya sebelum ini.
“Kita telah beri peringatan dan nasihat selain memantau sebelum ini namun ia (perlakuan tidak senonoh) masih lagi berlaku.
“Justeru, saya harap perkara ini menjadi peringatan kepada orang ramai (di Terengganu) agar menjaga tatasusila yang selari dengan ajaran agama Islam,” ujarnya.
Selain itu, difahamkan, wanita terbabit yang dikenali sebagai Darlene terpaksa bercuti kerja dan menyahaktif akaun TikToknya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, JHEAT melakukan serbuan di kedai makan di Kampung Saujana di sini, kelmarin selepas tular video dua pelanggan memeluk bahu dan pinggang seorang wanita, awal minggu ini. Utusan
Pelayan wanita dipeluk pelanggan ditahan
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
You must be logged in to post a comment.