Ahli perniagaan Malaysia ditemui mati di Thailand

Ahli perniagaan Malaysia ditemui mati di Thailand.

Seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang dilaporkan hilang ditemui mati, dipercayai kerana bunuh diri, lapor laman berita The Thaiger, semalam.

Mayat mangsa ditemui dalam sebuah kereta yang diparkir berdekatan sebuah kolam ikan di Samut Prakan.



Wong Chen Hoe, 43, ditemui dalam kereta jenis Toyota Camry selepas pemilik kolam ikan tersebut kelmarin memeriksa kenderaan itu.

Menurut isteri mangsa, suaminya itu berdepan tekanan kewangan dan perniagaannya terkesan akibat Covid-19.

Dia pertama kali melihat kenderaan itu pada tengahari Khamis lalu ketika enjin kereta itu masih hidup dan menyangka ahli perniagaan tersebut mungkin mahu berehat sebentar.



Rescue workers try to open the locked doors of a Toyota car parked near a fish pond in Bang Phli district, Samut Prakan, on Friday evening. The driver, a Malaysian man, is found dead inside. (Photo: Sutthiwit Chayutworakan)

Kolam ikan itu yang terletak di belakang kuil Wat Pha Pichai menjadikan ia lokasi sesuai untuk berhenti tidur seketika.

Pemilik kolam bagaimanapun terkejut apabila dimaklumkan oleh penduduk sekitar bahawa kereta itu masih berada di lokasi sama keesokan harinya dengan enjinnya masih hidup.

Pemilik kolam itu kemudian mengetuk pintu kereta itu beberapa kali sebelum memanggil polis sekitar pukul 5 petang waktu tempatan.



Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa juga dilaporkan telah membuat laporan kehilangan Chen Hoe selepas isterinya gagal menghubungi lelaki itu.

Petugas kesihatan berkata mereka percaya lelaki itu telah meninggal dunia antara tujuh hingga lapan jam sebelum mayatnya ditemui. -Agensi

Sumber: Bangkok Post

Ahli perniagaan Malaysia ditemui mati di Thailand


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


 

Lagi Kes Curang: Isteri Dedah Perkara Sebenar, Aman Ra Sudah 4 Kali Lafaz Cerai Disebabkan ‘Orang Ketiga’



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker