Berhutang Dalam Tempoh Pandemik Bukan Jalannya

 

Berhutang Dalam Tempoh Pandemik Bukan Jalannya

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memutuskan bahawa sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar dengannya adalah dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP)

Tindakan ini sangat tidak masuk akal.

Adakah ini caranya KPKT meringankan beban rakyat yang berada dalam kesempitan. Di mana munasabahnya mengalakkan rakyat untuk berhutang? Inikah namanya strategi pemulihan yang bertangggungjawab?

Rakyat sangat memerlukan bantuan ekonomi yang sewajarnya dalam tempoh PKP 3.0 yang dilanjutkan. Menambah beban hutang bukan penyelesaian untuk keluar daripada desakan kewangan yang menghimpit.

Menghumban rakyat yang terdesak ke lembah hutang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi sangat tidak bermoral.

KPKT seharusnya menggunakan ‘reserve’ Kerajaan Tempatan untuk melakukan lebih banyak intervensi kebajikan kepada rakyat. Banyak Kerajaan Tempatan mempunyai ‘reserve’ yang besar.

Tugas kerajaan tempatan mesti mengutamakan keperluan manusiawi pembayar cukainya dan bukan sekadar melakukan kerja-kerja perbandaran.

Begitu ramai rakyat kita yang terpaksa membuat pinjaman dengan ceti-ceti berlesen demi kelangsungan hidup serta perniagaan kecil mereka yang semakin malap. Mereka terhimpit dengan kadar faedah yang sangat tinggi.

Tugas kerajaan adalah untuk mencari jalan keluar dari semua ini demi pemulihan semula ekonomi negara.

Tetapi Menggalakkan Rakyat Berhutang Dengan Ceti, Bukan Jalan nya !!!

Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan

Berhutang Dalam Tempoh Pandemik Bukan Jalannya

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara dipanggil menghadap di Istana Negara

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker