Mandul sebab tak solat, Fasha bela Elizad


Mandul sebab tak solat, Fasha bela Elizad

Mandul sebab tak solat: Hafidz Roshdi, Fasha Sandha bela Elizad

Tindakan orang tertentu ‘menghukum’ Siti Elizad sebagai mandul kerana tidak mendirikan solat serta tidak bertudung kepala mengundang perhatian ramai.

Sejak berkongsi perasaannya mengenai tuduhan berkenaan, ramai yang tampil memberi sokongan moral terhadap pelakon dan pengacara itu, termasuk dalam kalangan selebriti.



Antaranya, pelakon Hafidz Roshdi yang tampil mengakui dia menjadi saksi pemilik nama penuh Siti Elizad Mohamad Sharifuddin itu tetap menunaikan kewajiban walaupun sewaktu berada di lokasi penggambaran.

“Saya menjadi saksi Elizad. Saya selalu ternampak dia sudah siap berwuduk serta bentang sejadah dalam bilik untuk menunaikan solat apabila sampai waktu.

“Saya nampak sendiri depan mata, dan saya tengok perkara ni bukan sekali,” katanya pada sidang media secara maya mempromosi sitkom BTS (Bujang. Tampan. Selamba) hari ini.

Justeru, kata Hafidz, tiada sesiapa wajar menilai seseorang hanya berdasarkan luarannya semata-mata.



“Jangan anggap semua wanita yang tak bertudung tu tidak mendirikan solat,” katanya.

Terdahulu, Malaysiakini menyiarkan laporan Siti Elizad, 37, membuat laporan polis terhadap individu yang mendakwa dia mandul kerana tidak mengerjakan solat serta tidak bertudung.

Saksi selama empat bulan

Individu terbabit juga didakwa melemparkan kata-kata kesat kerana Siti Elizad belum memperolehi zuriat.



Pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa itu berkata, walaupun dia bukan jenis orang yang sering mengambil peduli sesuatu komen termasuk yang tidak wajar, namun berpendapat kali ini ada orang berkenaan melampaui batas.

Kata Siti Elizad lagi tidak sepatutnya ada mana-mana pihak melakukan penghinaan begitu memandangkan dia sudah berusaha keras bagi mendapatkan zuriat bahkan turut pernah mengandung sebelum ini.

Untuk rekod, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata pada 27 Oktober tahun lalu namun mengalami keguguran sebulan kemudian.

Dia mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.



Selain Hafidz, seorang lagi artis yang tampil memberi pencerahan ialah Fasha Sandha yang mendakwa dia melihat Siti Elizad menunaikan solat sewaktu mereka bekerja di set penggambaran sama.

Kata pelakon itu, kejadian berkenaan berlaku sepanjang tempoh empat bulan mereka bekerja di bawah satu produksi.

“Tolong kuat sayang. Siapa dia untuk hakimi orang solat atau tak. Ni saya saksi, dia solat setiap hari di lokasi selama empat bulan saya bekerja dengan dia.

“Pengikut kesayangan sentiasa doakan yang baik-baik buat Ijat. peluk secara maya daripada saya dan anak-anak. Kami doakan yang terbaik.



“Hello, dia tak mandul OK. Dia pernah hamil. Siapa buat (tuduhan) ni baik mohon keampunan daripada tuan badan,” katanya yang meninggalkan komen di akaun Instagram Siti Elizad. Mk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 




Aliff Syukri derita rindu berbelanja di Pavillion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker