ZARINA ZAINUDDIN: ORANG NAK HENTAK KEPALA NAIM DENGAN HELMET [VIDEO]

ZARINA ZAINUDDIN: ORANG NAK HENTAK KEPALA NAIM DENGAN HELMET [VIDEO]

ZARINA ZAINUDDIN: ORANG NAK HENTAK KEPALA NAIM DENGAN HELMET [VIDEO]

“Kita hidup jadi manusia ni kena ada tolak ansur kena ada rasa belas iksan dengan orang .. tadi Naim pegi hantar Azil pergi ke 7 elevent abang Azil ngamok ngamok nak pegi kedai.. terlanggar kereta orang.

“Orang tu dah panggil suaminya datang nak hentak kepala Naim dengan helmet nasib baik ada En. Yusuf ni owner klinik kat situ datang sattle kan terima kasih tolong hantar anak-akak sampai ke balai polis buat report.

“Owner kereta yang kena langgar tu berkeras suami saya suruh report polis, yea baiklah jumpa saya disana. Sata ke sana Naim buat report bila dengar suara saya sebab pakai mask dia cakap eh Kak Zarina ke,” itulah tulis pelakon senior, Zarina Zainuddin menerusi laman Instagram miliknya.



Dalam entri itu, Zarina berkongsi cerita satu insiden membabitkan anak lelakinya, Muhammad Naim Azraidan yang secara tidak sengaja telah melanggar kereta orang lain.

ZARINA ZAINUDDIN: ORANG NAK HENTAK KEPALA NAIM DENGAN HELMET [VIDEO] 01

Kejadian berkenaan difahamkan berlaku ketika anaknya sedang dalam perjalanan untuk ke kedai membeli surat khabar bersama Azil. Zarina mendakwa, insiden tersebut bertambah teruk apabila individu berkenaan dipercayai mahu memukul anaknya dengan helmet ekoran kejadian itu.

Bagaimanapun, anaknya terselamat selepas menerima bantuan daripada seorang individu bernama Encik Yusuf, yang merupakan seorang pemilik klinik di sekitar kawasan kejadian. Pada masa sama, pelakon berusia 50 tahun ini menasihati kepada orang ramai untuk mengamalkan sikap tolenrasi antara satu sama lain.

“Yea dik ooo tak tahu .. tak kiralah siapa saya kita sebenarnya bokeh tolak ansur .. kita hidup macam putaran roda hari ni awak kat aras esok kat bawak kadang apa yang menimpa kita pun kita macam tak percaya.

“Ya Allah kuatkan aku sabarkan lah aku, semuga Allah permudahkan segalanya dalam hidup ku ..#azilazal #autism #autismawareness,” tulisnya lagi.



Untuk makluman, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.

ZARINA ZAINUDDIN: ORANG NAK HENTAK KEPALA NAIM DENGAN HELMET [VIDEO]

ZARINA ZAINUDDIN: ORANG NAK HENTAK KEPALA NAIM DENGAN HELMET [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Erra Fazira kantoi dengan Engku Aleesya

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker