Cucuk vaksin makan durian, apa reaksinya?


Cucuk vaksin makan durian, apa reaksinya?

Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti daripada menularkan cerita kononnya seorang lelaki meninggal dunia kerana makan durian selepas disuntik vaksin COVID-19.

Ini kerana cerita itu masih tular di media sosial walaupun kematian lelaki berusia 49 tahun itu telah disahkan akibat serangan jantung.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali perbuatan itu sangat tidak bertanggungjawab dan boleh mengelirukan orang lain.

“Tidak termaktub dalam buku perubatan tak boleh makan durian selepas cucuk (vaksin), itu tidak betul. Tapi yang betulnya adalah tak boleh makan benda yang terlalu manis dengan banyak. Itu akan merosakkan kesihatan kita. Jadi yang tular itu tidak benar,” ujarnya.

Beliau ditemui selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Merdeka, Tapah, Perak pada Jumaat.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa seorang lelaki meninggal dunia di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, Kuala Lumpur kerana makan durian selepas menerima vaksin.

Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil bedah siasat terhadap lelaki berkenaan mendapati punca kematian adalah penyakit jantung iskemik dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Awani

Cucuk vaksin makan durian, apa reaksinya?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


RM20,000 sehari jual durian waktu PKP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker