Bapa ratah anak sulung perempuan sendiri


Bapa ratah anak sulung perempuan sendiri
Bapa ratah anak sulung perempuan sendiri dengan melakukan seks di luar tabii.

MELAKA – Seorang bapa anak lima didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak sulung perempuannya, bulan lalu.

Tertuduh berusia 39 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa secara berasingan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan terhadap anak kandung perempuannya berusia 18 tahun dua bulan.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 1 pagi di sebuah rumah di Jasin pada 23 Mei lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga didakwa telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama, pada waktu, tempat serta tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Difahamkan, mangsa bagaimanapun telah dijadikan hamba seks oleh tertuduh sejak dia berusia tujuh tahun, namun hanya tampil membuat laporan polis pada bulan lalu.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nabilalif Mohd. Rosli tidak menawarkan sebarang jaminan dengan mengambil kira faktor keselamatan mangsa yang merupakan anak kandung tertuduh.

Beliau bagaimanapun mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tidak bekerja dan hanya bergantung kepada isterinya yang mencari rezeki sebagai tukang bersih surau, selain bantuan agensi kerajaan diterimanya. K Online

Bapa ratah anak sulung perempuan sendiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Besi bodoh disadur emas, berwaspada

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker